inscription | inskripsi | Perubatan | Tiada | Inskripsi: Bahagian preskripsi yang menyatakan nama ubat dan jumlah dosnya. |
abklatsch | abklat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah untuk mendapat salinan bacaan yang terdapat pada permukaan batu bersurat atau inskripsi. Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan. Pertama, dengan menggunakan kertas katella iaitu permukaan inskripsi yang telah dibersihkan akan ditekan dengan menggunakan kertas katella secara lembut sehingga tidak meninggalkan sebarang gelembung udara. Kaedah ini diulangi sebanyak enam hingga tujuh kali dengan setiap lapisan disirami air dan dikeringkan di bawah sinaran matahari sehingga kertas tersebut mudah ditanggalkan. Kaedah kedua, dengan menggunakan getah sintetik. Permukaan tulisan dibersihkan dengan air dan dituangkan getah sintetik, kemudiannya dilapisi lagi sehingga tulisan boleh dibaca. Getah ini dibiarkan kering agar mudah ditanggalkan. Kaedah ketiga, dengan menggunakan pelekat. Bahan pelekat ini perlu dipastikan tidak mengandungi kapur agar tidak merosakkan permukaan inskripsi tersebut. Abklatsch berasal daripada perkataan bahasa Belanda yang bermaksud abklat. Sinonim tekapan. |
inscription | inskripsi | Perubatan | Tiada | Bahagian preskripsi yang menyatakan nama ubat dan jumlah dosnya. |
cuneiform inscription | suratan pepaku | Sejarah | Tiada | Inskripsi berbentuk baji atau pepaku pada kepingan tanah liat lahir dalam tamadun Mesopotamia tentang pelbagai bahasa awal bertarikh lebih kurang 3000 - 1000 sm. |
chronogram | kronogram | Perpustakaan | Tiada | Rentetan frasa atau inskripsi yang terdiri daripada beberapa huruf yang boleh dibezakan melalui saiz atau bentuk lain yang dikemukakan melalui nilai angka sesuatu tarikh atau zaman. |
association book | naskah pertalian | Perpustakaan | Tiada | Naskhah yang mempunyai inskripsi autograf atau nota-nota oleh pengarang atau yang berkaitan rapat dengan orang terkenal yang memilikinya, atau kepunyaan seseorang yang berkaitan dengan kandungan buku tersebut. |
palaegraphy | paleografi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tulisan kuno. Kajian biasanya dilakukan pada inskripsi, terutamanya pada batu bersurat, batu nisan, dan bahan manuskrip lama. Kajian juga melibatkan percubaan untuk membaca tulisan purba bagi menentukan tarikh, asal-usul dan ketulenannya. |
classical epigrapher | ahli prasasti klasik | Sejarah | Tiada | Orang yang merupakan ahli dalam kajian tulisan atau inskripsi lama. |
palimpsest | palimpses | Kesusasteraan | Tiada | Sekeping bahan tulisan seperti kulit yang dipadamkan tulisannya yang awal. Bahan tulisan ini digunakan semula sehingga sering kali berlaku inskripsi yang bertindan atau berlapis kerana tulisan awalnya tidak dipadamkan sepenuhnya. Keadaan ini berlaku kerana bahan tulisan amat mahal dan sukar diperoleh. Kini, istilah ini merujuk kepada sesebuah karya sastera yang mempunyai banyak lapis makna. |