Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.sti.tut] | اينستيتوت

Definisi : organisasi yg ditubuhkan utk tugas tertentu spt pendidikan, penyelidikan saintifik, dll: I~ Tadbiran Awam; I~ Teknologi Mara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.sti.tut] | اينستيتوت

Definisi : persatuan atau pertubuhan yg ditubuhkan utk tujuan tertentu (biasanya utk kemajuan pelajaran, kemahiran dsb): ~ Teknologi Mara; ~ Tadbiran Awam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
institut
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
health level seven (HL7)kesihatan aras 7 (HL7)Teknologi Maklumate-KesihatanSet piawaian antarabangsa untuk pemindahan data klinikal dan pentadbiran antara aplikasi perisian yang digunakan oleh pelbagai pembekal penjagaan kesihatan dan diperakui oleh Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI). HL7 membangunkan spesifikasi piawaian pemindahan maklumat yang digunakan secara meluas. Piawaian pemindahan maklumat membolehkan aplikasi penjagaan kesihatan yang berbeza berkongsi maklumat klinikal dan data pengurusan.
arboretumarboretumHerbaTiadaKawasan yang ditanami dengan spesies tumbuh-tumbuhan tertentu untuk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan. Kawasan ini memiliki kemudahan, peralatan dan kakitangan terlatih yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, arboretum di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
herbariumherbariumHerbaTiadaTempat menyimpan koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang diawet dan dikelaskan secara sistematik. Tempat ini memiliki ciri bangunan, kemudahan, peralatan, kakitangan terlatih dan jaringan kepakaran yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, herbarium di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
herbal databasepangkalan data herbaHerbaPemiawaianSistem data yang menyimpan maklumat herba seperti spesies, aktiviti biologi, kegunaan, sebatian kimia dan maklumat lain yang berkaitan secara tersusun atau sistematik. Sistem ini biasanya dalam bentuk elektronik dan menggunakan perisian komputer tertentu seperti Microsoft Excel atau Microsoft Access. Antara pangkalan data yang terkenal di Malaysia ialah Globinmed yang diselia oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur.

Kembali ke atas