Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.stru.men] | اينسترومن

Definisi : 1. alat, perkakas (muzik, pertukangan, dll); 2. (Eko) (instrumén) dokumen rasmi yg sah di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yg menyatakan hak pihak-pihak yg terlibat dlm sesuatu kontrak dsb, surat cara; ~ kewangan (Eko) a) dokumen rasmi yg berkaitan dlm bidang kewangan; b) sebarang bentuk pelaburan dlm pasaran saham atau aset kewangan yg lain, mis bon, saham, deposit tetap dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata instrumen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
instrument calibrationpenentukuran instrumenHerbaPeraturan dan PemasaranProses konfigurasi peralatan supaya keputusan analisis sampel dalam julat yang boleh diterima. Penentukuran instrumen merupakan salah satu daripada proses utama yang digunakan untuk mengekalkan ketepatan peralatan.
economic instrumentinstrumen ekonomiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFiskal dan bentuk insentif lain serta bukan insentif yang digabungkan dengan kos alam sekitar dan keuntungan dalam perbelanjaan perniagaan dan isi rumah. Instrumen ekonomi bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran yang mesra alam sekitar, kemampanan penghasilan dan penggunaan melalui harga kos penuh.
lost instrument bondbon instrumen hilanginsuransTiadaApabila tuan punya sijil saham kehilangan sijil tersebut, insurer tidak akan mengeluarkan salinan selagi tuan punya sijil tidak mendapatkan bon ganti rugi yang memberi jaminan bahawa tuan punya sijil akan menyerahkan sijil asal kepada syarikat penjamin apabila sijil itu dijumpai.
clinical assessment toolsalat penilaian klinikalKesihatan AwamTiadaInstrumen atau set ukuran yang direka untuk menilai keadaan klinikal pesakit atau meramalkan risiko atau prognosis sesuatu penyakit. contohnya alat tekanan darah dan jangka suhu.
general mortgage bondbon gadai janji aminsuransTiadaInstrumen kewangan yang menjamin tanggungjawab yang diperolehi melalui gadai janji, tetapi didahului oleh terbitan yang lebih utama.
home assessment toolsalat penilaian di rumahKesihatan AwamTiadaInstrumen atau set ukuran yang direka untuk menilai keadaan pesakit di rumah atau meramalkan risiko atau prognosis sesuatu penyakit. contohnya soal selidik, senarai semak dan skala.
environmental performance toolpengukur prestasi alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauInstrumen yang digunakan untuk mengukur prestasi alam sekitar. Contohnya, ISO 14001:2015 dan Ekopengurusan dan Skim Audit EU (EMAS).
fairnesskeadilanPendidikanTiadaPerbezaan dari segi bangsa, etnik, jantina dan kebolehan yang tidak memberi kesan bias kepada keputusan instrumen atau prosedur ujian.
data acquisition and control system (DACS)sistem pemerolehan dan kawalan dataSains NuklearKejuruteraan ReaktorRangkaian peranti dalam sistem instrumen dan kawalan reaktor yang mengumpul, memproses, memapar dan menyimpan data untuk mengawal kendalian reaktor nuklear.
non-discriminationtak diskriminasiPendidikanTiadaBukti tentang perbezaan bangsa, etnik, jantina atau kebolehan yang tidak memberi bias kepada keputusan instrumen atau tata-cara pentaksiran.
12

Kembali ke atas