Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.su.lin] | اينسولين

Definisi : (Bio) hormon yg dikeluarkan oleh pankreas utk mengawal kepekatan glukosa dlm darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.su.lin] | اينسولين

Definisi : ist hormon yg dikeluarkan oleh pankreas utk mengawal kepekatan glukosa dlm darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata insulin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insulininsulinFarmasiFarmakologiHormon yang dihasilkan dari proinsulin di dalam sel-sel beta pepulau Langerhans yang terdapat di dalam kelenjar pankreas. Hormon ini dirembeskan ke dalam darah sebagai tindak balas ke atas peningkatan glukosa dan asid amino dalam darah.Insulin membantu mengawal atur metabolisme karbohidrat dan lemak terutamanya penukaran glukosa kepada glikogen dan mengalakkan sintesis protein, dan seterusnya penghasilan serta penyimpanan lipid neutral. Selain itu, insulin juga menggalakkan penyimpanan glukosa dan pengambilan asid amino, meningkatkan sintesis protein dan lipid, serta merencatkan lipolisis dan koneogenesis. Aras normal insulin pada lelaki dewasa ialah dalam julat 5- 24 m.Mulml. Pelbagai persediaan farmaseutikal yang mengandungi insulin boleh didapati sama ada dari sumber pankreas porsin atau bovin, atau insulin manusia yang dihasilkan secara kejuruteraan genetik melalui proses rekombinan DNA. Insulin manusia boleh didapati secara preskripsi untuk rawatan diabetes melitus. Insulin jenis ini berbeza dalam m
insulininsulinKimiaTiadaHormon polipeptida yang dirembaskan oleh sel beta kelompok Langerhans di dalam pankreas. Insulin terdiri daripada 16 asid amino yang disusun dalam bentuk rantai gegelung dan dirangkai silang pada beberapa tempat dengan ikatan disulfida. Hormon ini boleh didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih atau hablur heksagon, dan larut di dalam asid cair dan air. Insulin mengawal kepekatan glukosa darah. Kekurangan insulin menyebabkan penyakit kencing manis.
insulininsulinMakanan dan PemakananPemakananHormon yang dihasilkan oleh sel beta dalam pankreas dan bertindak balas terhadap tahap glukosa darah yang tinggi. Insulin meningkatkan sintesis glikogen dalam hati dan pergerakan glukosa daripada aliran darah ke dalam otot dan sel adipos. Penyakit diabetes melitus berlaku disebabkan oleh ketidakcukupan bekalan insulin atau gangguan fungsinya.
dealanated insulininsulin terdealaninaKimiaTiadaInsulin yang dibuat tanpa alanina.
insulininsulinPerubatanTiadaHormon peptida yang dirembeskan oleh sel beta pepulau Langerhans pankreas. Insulin digunakan untuk mengurangkan paras glukosa darah dan merangsang penggunaan glukosa.
insulininsulinPerubatanTiadaHormon protein yang dihasilkan oleh sel beta di pankreas akibat rangsangan kenaikan paras gula darah. Ia berfungsi dalam kawalan metabolisme karbohidrat melalui pelbagai mekanisme seperti meningkatkan kemasukan gula ke dalam sel, meningkatkan pembentukan glikogen dan merencat glukoneogenesis. Penghasilan hormon yang berlebihan akan menyebabkan hipoglisemia dan kekurangan penghasilannya menyebabkan penyakit diabetes melitus. Insulin yang dihasilkan daripada manusia, binatang dan kejuruteraan genetik digunakan dalam rawatan diabetes melitus.
insulininsulinFizikTiadaTiada
insulininsulinPendidikanTiadaTiada
insulininsulinPerubatanTiadaHormon peptida yang dirembeskan oleh sel B pepulau Langerhans pankreas, yang mengurangkan paras glukosa darah dan meransangkan penggunaan glukosa.
insulininsulinPerubatanTiadaHormon peptida yang dirembeskan oleh sel B pepulau Langerhans pankreas, yang mengurangkan paras glukosa darah dan meransangkan penggunaan glukosa.
1234567

Kembali ke atas