Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.su.rans] | اينسورن‌س

Definisi : perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; masuk ~ dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; ~ kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); ~ nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; ~ nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia; berinsurans mempunyai insurans: setiap barang berharga di rumahnya ~; menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko, kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah diinsuranskan drpd segala risiko; penginsurans (Eko) pihak dlm kontrak insurans yg bertanggungjawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.su.rans] | اينسورن‌س

Definisi : perjanjian utk membayar sebarang ganti rugi dgn bayaran tertentu oleh sesuatu syarikat dll. menginsuranskan membuat sesuatu (harta benda, nyawa dll) mempunyai insurans; mengambil insurans utk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
insurans (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan jaminan, perlindungan, polisi, sandaran, cagaran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concurrent insuransinsurans serentakinsuransTiadaDua atau lebih polisi insurans yang memberi perlindungan kepada kepentingan yang sama bagi harta yang sama. Jika terdapat dua atau lebih polisi insurans harta, pihak insurans tidak akan dilindungi dengan sempurna jika polisi-polisi tidak sama.
householder's insuransinsurans isi rumahinsuransTiadaInsurans bagi isi rumah (seperti perabot, peralatan elektrik dan lain-lain) ke atas kerugian akibat kebakaran, kecurian, banjir dan liabiliti.
insurance commissionerpesuruhjaya insuransinsuransTiadaKetua agensi kerajaan yang mengawasi industri insurans sesebuah negara. Jawatan ini juga digelar Ketua Pengarah Insurans atau Penguasa Insurans.
individual life insuranceinsurans hayat individuinsuransTiadaInsurans hayat yang biasanya melindungi satu hayat dalam satu kontrak. Istilah ini digunakan untuk membezakan insurans hayat individu dengan insurans hayat kumpulan.
multiple protection insuranceinsurans perlindungan berbilanginsuransTiadaPerlindungan insurans hayat ini merupakan satu gabungan polisi insurans sementara dengan polisi insurans hayat seumur hidup. Faedah yang berganda akan dibayar sekiranya kematian berlaku dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya kematian berlaku selepas tempoh ini, faedah akan dibayar di bawah polisi insurans hayat seumur hidup.
employee insuranceinsurans pekerja pentinginsuransTiada1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan.
limited payment life insuranceinsurans hayat bayaran terhadinsuransTiadaInsurans hayat dengan tempoh bayaran premiumnya terhad. Jangka masa pembayaran premium mungkin lebih pendek dari masa perlindungan insurans. Contoh: insurans hayat seumur hidup dengan pembayaran premium terhad hingga umut 50.
true group insuranceinsurans kumpulan sebenarinsuransTiadaInsurans kumpulan yang dikeluarkan melalui satu kontrak induk. Setiap ahli akan diberi sijil insurans untuk membuktikan kewujudan perlindungan insurans, sijil ini merupakan kontrak polisi.
protective liability insuranceinsurans liabiliti perlindunganinsuransTiadaInsurans yang memberi perlindungan kerugian disebabkan kecuaian kontraktor atau subkontraktor yang diupah oleh insured. Insurans ini juga dikenali sebagai Insurans Kontraktor Bebas.
medical expense insuranceinsurans belanja perubataninsuransTiadaInsurans kesihatan yang menyediakan faedah belanja perubatan, pembedahan dan hospital. Istilah ini juga digunakan untuk perlindungan Insurans Belanja Hospital Pembedahan dan Insurans Rawatan Perubatan.
12345678910...

Kembali ke atas