Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.té.gri.ti] | اينتيݢريتي

Definisi : (intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata integriti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
organic integrityintegriti organikPertanian OrganikTanaman Makanan-
integrity pactperjanjian integritiUndang-undangTiadaProses pengisytiharan oleh pembida/orang awam untuk tidak menawarkan atau memberikan rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepat sesuatu urusan Perolehan Kerajaan melalui satu perjanjian yang ditandatangani bagi menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian atau kontrak tersebut.
national integritykeutuhan bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganKetahanan sesebuah negara yang dipelihara dengan baik. Ketahanan ini memberi imej yang positif dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Integriti tercapai apabila ekonominya maju, rakyat hidup bersatu, perkembangan politik yang stabil dan tidak menghadapi masalah dengan negara lain. Contohnya, Jerman selepas Perang Dunia Kedua memiliki integriti nasional yang baik dan mantap.
herbal stabilitykestabilan herbaHerbaTiadaKeadaan keutuhan dan integriti herba semasa penstoran, pemprosesan dan pemasaran. Kestabilan herba adalah penting untuk menjamin kualiti keselamatan dan keberkesanannya. Faktor yang mempengaruhi kestabilan ialah persekitaran seperti kelembapan, suhu, cahaya dan bahan pengoksida, dan faktor biologi dalaman seperti enzim dan luaran seperti serangan bakteria, kulapuk dan infestasi.
academic misconductsalah laku akademikPendidikanTiadaPelanggaran peraturan yang membabitkan integriti, polisi, dan prosedur akademik.
traumatic woundluka traumatikKejururawatanTiadaLuka yang bercirikan kerosakan pada integriti kulit dan tisu yang tertanggal akibat kecederaan.
Salami attackserangan SalamiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas data integriti dalam komputer melibatkan pengubahan nilai mutlak data dengan menyalahgunakan kelemahan dalam sistem penomboran yang dikenali sebagai ralat pembundaran. Sekiranya suatu nombor yang mempunyai titik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi nombor bertitik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi bertitik perpuluhan kecil seperti 31.51163 ditukar menjadi 31.51, proses pembundaran akan mencantas nilai digit kecil pada titik perpuluhan yang tidak digunakan seperti 0.00163 dicantas. Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat pembundaran akan berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses mengikis nilai yang sangat kecil daripada setiap urus niaga adalah umpama pengikisan kepingan daging Salami.
herbal shelf lifetempoh hayat herbaHerbaTiadaTempoh sesuatu bahan mentah atau sediaan herba yang boleh disimpan tanpa menjejaskan integriti, fungsi dan komposisi kandungannya untuk menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanannya. Bahan mentah atau sediaan herba yang melebihi had tempoh hayat tidak boleh digunakan dan mesti dimusnahkan.
storage arearuang storanHerbaTiadaRuang yang digunakan untuk menyimpan bahan atau sediaan herba di dalam suatu kilang pengeluaran. Ruang storan ini dibina dan diselenggarakan dengan baik untuk memelihara dan mengekalkan kualiti bahan atau sediaan herba. Aktiviti masuk dan keluar dari ruang ini dikawal untuk melindungi integriti bahan storan.
trusted computing base (TCB)asas pengkomputan terpercaya (TCB)Teknologi MaklumatTiadaAras sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan.
12

Kembali ke atas