intellectual imagery | citraan intelektual | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran keintelektualan seseorang tokoh sama ada sasterawan negara mahupun budayawan, dan lain-lain terutama yang berhubung dengan pemikiran dan pandangan falsafahnya. Umpamanya pemikiran intelektual Muhammad Iqbal sering dicitrakan dalam bentuk puisi. |
prague school | prague school | Kesusasteraan | Tiada | Organisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle. |
maturing | kematangan | Kejururawatan | Tiada | Proses perkembangan dari segi intelektual dan fizikal. |
fragile X syndrome | sindrom X rapuh | Pendidikan | Tiada | Ketidakupayaan intelektual yang berkaitan dengan kelemahan yang jelas pada salah satu kromosom. Kebanyakan individu yang menghidap sindrom ini mempunyai muka panjang dan pembesaran testis (bagi lelaki). |
negative capability | kemampuan negatif | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera. |
mood | suasana | Kesusasteraan | Tiada | Merujuk pernyataan sikap pengarang, sama ada bercorak emosional atau intelektual terhadap pokok persoalan atau tema karya. |
masterpiece | karya agung | Kesusasteraan | Tiada | Sebuah karya yang dihasilkan dengan bakat luar biasa, daya intelektual atau pencapaian artistik yang unggul. |
copyright | hak cipta | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Hak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka. |
Faust theme | tema Faust | Kesusasteraan | Tiada | Tema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus. |
executive process | proses eksekutif | Pendidikan | Tiada | Proses kognitif yang terlibat dalam penyepaduan maklumat seperti perancangan, membuat keputusan dan kesedaran aktiviti intelektual. |