Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.rak.si] | اينترکسي

Definisi : tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.rak.si] | اينترکسي

Definisi : tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan atau ~ di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kpd yg hadir utk ~ serta bertukar-tukar fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata interaksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gene interactioninteraksi genPenternakanGenetik dan PembiakbakaanApabila dua atau lebih gen yang berbeza mempengaruhi hasil satu sifat. Interaksi gen merupakan interaksi antara gen alelik atau bukan alelik yang sama dalam penghasilan ciri fenotip tertentu.
protein-protein interactioninteraksi protein-proteinBioinformatikBioinformatik MolekulHubungan fizikal dalam kalangan protein di dalam sel, iaitu interaksi yang merangkumi ikatan elektrostatik, hidrogen dan hidrofobik.
genetic interaction mappingpemetaan interaksi genetikBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang digunakan untuk memaparkan hubungan di antara gen-gen dan interaksi fizikal di antara protein-protein secara sistematik. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti fungsi sesuatu gen baru dengan melihat bagaimana perlakuan gen mempengaruhi fenotip.
epistasisepistasisBioinformatikBioinformatik MolekulBentuk pewarisan bukan Mendelian apabila satu alel bagi satu gen boleh mengganggu pengekspresan alel yang satu lagi. Fenomena interaksi antara alel-alel ini memberi kesan kepada fenotip. Terdapat tujuh jenis interaksi, iaitu dominan, resesif, perencatan dominan, dominan resesif, interaksi gen polimorfik, dominan pendua dan resesif pendua.
coefficient of frictionpekali geseranSains SukanBiomekanikNombor tanpa unit yang menjadi petunjuk kepada interaksi antara dua jasad yang bersentuhan. Interaksi yang menentukan nilai pekali geseran bergantung pada jenis dan luas permukaan serta daya tindakan.
pathway analysisanalisis tapak jalanBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang digunakan untuk mengenal pasti pasangan interaksi bagi protein dengan menggunakan maklumat interaksi protein-protein dalam kajian pengekspresan pembezaan gen daripada data omik. Lihat juga omik.
learning experience (LX)pengalaman pembelajaran (LX)Teknologi Maklumate-PembelajaranSebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum.
civil societymasyarakat sivilSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang memiliki ruang penyertaan antara pemerintah dengan orang ramai. Ruang tersebut bertindak sebagai medan aksi atau interaksi antara kedua-duanya. Penyertaan masyarakat mempunyai pelbagai sifat sama ada secara individu dengan pemerintah seperti aktivis sosial dan organisasi dengan pemerintah atau organisasi bukan kerajaan (NGO). Interaksi ini melahirkan ciri-ciri aksi yang bersifat pengaruh mempengaruhi, tawar-menawar, desakan dan gesaan, manipulasi, timbal-balik dan imbang-mengimbangi khususnya dari sudut ideologi politik, penyuaraan kepentingan, pelaksanaan dasar dan juga persaingan politik. Masyarakat yang mempunyai aksi atau interaksi dengan pemerintah yang seimbang dalam ruang ini dikatakan sebagai masyarakat yang demokratik. Sementara negara yang ruang aksinya dikuasai oleh pemerintah diklasifikasikan sebagai tidak demokratik. Contohnya, ruang aksi antara rakyat dan pemerintah di Singapura adalah sempit dan dikawal oleh pemerintah.
excipient interactioninteraksi bahan pengisiSains KesihatanTiadaTindak balas bahan-bahan tidak aktif dalam ubat.
gene-environment interactioninteraksi gen-persekitaranBioinformatikBioinformatik MolekulPerbezaan tindak balas pengekspresan gen terhadap perubahan persekitaran. Tindak balas ini ditunjukkan dalam bentuk graf yang merujuk kepada perhubungan di antara gen dan faktor persekitaran apabila berlakunya perubahan fenotip secara berterusan.
123456

Kembali ke atas