[in.te.rak.tif] | اينترکتيف
Definisi : 1. saling bertindak, berhubung, dsb antara satu sama lain: bengkel itu dapat mewujudkan suasana ~ bagi menjalin hubungan antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri; 2. (Komp) membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: peringkat ketiga pula membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[in.te.rak.tif] | اينترکتيف
Definisi : 1 saling bertindak, berhubung dsb antara satu sama lain: Berbagai-bagai maklumat diberikan termasuklah maklumat ~. 2 membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: Program itu membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)