intramuscular | intraotot | Perubatan | Tiada | Terletak dalam tisu otot. |
intramuscular | intraotot | Perubatan | Tiada | Kaedah pemberian ubat secara suntikan ke dalam otot khususnya otot deltoid (bahu), otot gluteus maksimus (pinggul) dan otot kuadrisep femoris (hadapan paha). Komplikasi penggunaan kaedah ini ialah kecederaan saraf dan pembentukan hematoma. Sinonim intramuskular. |
intramuscular | intraotot | Perubatan | Tiada | Kaedah pemberian ubat dengan menyuntik ke dalam otot. |
intramuscular | intraotot | AIDS | Tiada | Suntikan ubat ke dalam otot. |
intramuscular injection | suntikan intraotot | Perikanan | Tiada | Tiada |
intramuscular injection | suntikan intraotot | Perubatan | Tiada | Suntikan ke dalam otot. |
intramuscular injection | suntikan intraotot | Farmasi | Farmaseutik | Penyampaian dos drug secara setempat atau ke peredaran sistemik melalui suntikan ke dalam otot. Penyerapan drug melalui suntikan ini adalah lebih cepat daripada suntikan subkutaneus tetapi adalah lebih lambat daripada suntikan intravena. Biasanya dos yang diberikan berisipadu lebih besar daripada dos suntikan subkutaneus. |
intramuscular | intramuskular | Perubatan | Tiada | Lihat intraotot. |
route of administration | laluan pemberian | Farmasi | Farmakologi | Kaedah pemberian sesuatu drug seperti melalui intravena, intraotot, intranasal, oral, rektal, subkutaneus, sublingua, topikal, intradermal, intratekal dan vagina bagi memberikan kesan farmakologi kepada tubuh manusia mahupun haiwan. Kaedah pemberian ini bergantung pada beberapa faktor seperti sifat fizikokimia sesuatu drug, umur pesakit dan kes kecemasan. Sinonim cara pemberian. |
routes of administration | cara pemberian | Perubatan | Tiada | Kaedah pemberian ubat seperti secara oral, sublingual, transdermal, subkutan, intraotot, intravena dan sebagainya. Cara tersebut bergantung kepada jenis ubat, jenis penyakit, keadaan pesakit dan tujuan penggunaan ubat di samping kemudahan sokongan yang ada. |