objective criticism | kritikan objektif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang hanya mengkaji aspek intrinsik teks sastera tanpa mengambil kira nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini tidak memberikan perhatian kepada pengaruh hubung kait teks dengan penulis serta kehidupan yang dilaluinya, zaman teks dihasilkan atau kesan teks tersebut kepada pembacanya. Kritikan ini dipengaruhi oleh pandangan pengkritik yang melihat karya sastera sebagai hasil usaha kreatif penulis yang mempunyai sifat autonomi dan tidak dikongkong oleh pengaruh penulis lain, pembaca, dan persekitarannya. Contoh aspek intrinsik karya sastera yang dikaji melalui kaedah ini ialah elemen imbangan watak, tema, diksi, pola, dan sifat koherennya. Kajian bertumpu pada cara elemen tersebut berhubung kait dengan elemen lain untuk menghasilkan suatu teks sastera yang lengkap. |
intrinsic semiconductor | semikonduktor intrinsik | Fizik | Nanoteknologi | Semikonduktor tulen yang kepekatan pembawa casnya ditentukan oleh ciri bahan tersebut, biasanya pembawa cas, iaitu elektron dan lohong dihasilkan daripada kesan terma atau kecacatan semikonduktor tersebut. Dalam bahan ini, jumlah elektron dan lohong adalah sama, berbeza dengan semikonduktor ekstrinsik yang pembawa casnya dihasilkan oleh bahan pendop. Contohnya, silikon dan germanium. Banding semikonduktor ekstrinsik. |
intrinsic element | unsur intrinsik | Kesusasteraan | Puisi | Lihat unsur dalaman. |
intrinsic value | nilai intrinsik | Kesusasteraan | Puisi | Lihat nilai dalaman. |
intrinsic quality | kualiti intrinsik | Kesusasteraan | Puisi | Lihat mutu dalaman. |
formalistic criticism | kritikan formalistik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan untuk menilai hasil sastera dari segi ciri-ciri dalaman atau intrinsik. Kaedah ini memberikan tumpuan pada elemen dalaman teks seperti diksi, plot, watak dan tema. Elemen luaran seperti maklumat biografi dan konteks sosial tidak diberikan perhatian. Kaedah kritikan yang tergolong di bawah kritikan formal ialah formalisme, simiotik, strukturalisme dan lain-lain. Lihat juga formalisme. |
intrinsic value | nilai dalaman | Kesusasteraan | Puisi | Nilai atau mutu yang terkandung dalam sesebuah puisi itu sendiri tanpa dihubungkaitkan dengan nilai yang terdapat di luarnya. Sinonim nilai intrinsik. |
platonic criticism | kritikan platonik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang memberikan tumpuan pada aspek kegunaan sastera seperti peranannya dalam mencapai tujuan moral dan agama. Kritikan ini tidak mementingkan nilai intrinsik karya, sebaliknya menitikberatkan nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini berdasarkan falsafah plato (pada abad keempat SM). Dalam perspektif Platonisme, dunia zahir ialah bayarangan kepada dunia yang ideal. Kebenaran perkara dan objek material dalam dunia zahir ialah idea tentang perkara objek material tersebut atau sebaliknya. Justeru, seperti dunia zahir yang merupakan imitasi bagi dunia yang ideal, maka seni (termasuklah puisi) ialah imitasi bagi dunia zahir. Dalam konteks ini, puisi tetap merupakan bayangan kebenaran, walaupun sebenarnya kekeliruan. Lihat juga kritikan mimetik, mimesis. |
intrinsic element | unsur dalaman | Kesusasteraan | Puisi | Unsur-unsur dasar atau asas yang membentuk sesebuah puisi. Umpamanya, kata (diksi), imejan, rima, ritma, bahasa majas (bahasa figuratif) dan sebagainya. Sinonim unsur intrinsik. |
intrinsic quality | mutu dalaman | Kesusasteraan | Puisi | Mutu atau nilai yang terkandung dalam sesebuah puisi khususnya tentang unsur-unsur dalaman seperti diksi, imejan, rima, ritma, bahasa majas dan sebagainya. Sinonim kualiti intrinsik. |