diverse ion effect | kesan ion pelbagai | Kimia | Tiada | Kesan yang disebabkan oleh ion-ion ke atas pemendakan akibat daripada kesan ion-ion itu kepada keaktifan ion pemendak. |
ion exchange | pertukaran ion | Geologi | Tiada | Pertukaran berbalik antara ion-ion yang terkandung di dalam hablur dengan ion-ion yang berbeza di dalam larutan tanpa memusnahkan struktur hablur atau keneutralan elektrik. |
ion exchange | pertukaran ion | Kejuruteraan | Tiada | Pertukaran berbalik antara ion-ion yang terkandung di dalam hablur dengan ion-ion yang berbeza di dalam larutan tanpa memusnahkan struktur hablur atau keneutralan elektrik. |
base exchange | pertukaran asas; pertukaran bes | Geologi | Tiada | 1. Pertukaran bes: Penggantian ion-ion tertentu oleh ion-ion yang lain di dalam lempung. |
ion injection | suntikan ion | Kejuruteraan | Tiada | Proses memasukkan ion-ion ke dalam tiub pecut ion. |
ion gun | senapang ion | Kejuruteraan | Tiada | Peranti untuk menghasilkan ion-ion gas yang terfokus serta dipecutkan untuk dihasilkan sebagai alur yang sempit. |
chloride shift | anjakan klorida | Perubatan | Tiada | Pergerakan ion klorida dan ion hiroksil menerusi membran eritrosit akibat pergerakan ion-ion bikarbonat pada arah yang bertentangan; pertukaran ion ini berlaku pada paras tisu dan paras peparu, tetapi arah relatif pergerakan ion adalah terbalik pada kedua-dua paras tersebut. |
ion exclusion | pemencilan ion | Fizik | Moden | Sistem resin tukar ganti yang ion-ion lincah dalam fasa resin-gelnya meneutralkan secara elektrik kumpulan fungsian bercas tak lincah yang melekat pada resin, dan dengan itu, elektrolit pelarut terhalang daripada menembusi fasa resinnya. |
Ig. ion exclusion | pemencilan ion | Fizik | Tiada | Sistem resin tukar ganti yang ion-ion lincah dalam fasa resin-gelnya meneutralkan secara elektrik kumpulan fungsian bercas tak lincah yang melekat pada resin, dan dengan itu, elektrolit pelarut terhalang daripada menembusi fasa resinnya. |
ion propulsion | perejangan ion | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah mendapatkan perejangan untuk kapal angkasa dengan mengeluarkan ion-ion dan elektron daripada kebuk pembakaran. |