Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.pil] | ايڤيل

Definisi : sj tumbuhan (pokok besar), Intsia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ipilipilPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Afzelia borneensis daripada famili Leguminosae. Gubal kayu ipil mudah dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna kuning kemerahan. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat hingga berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, dan mempunyai sifat pengeringan dan ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ipil amat sesuai untuk dibuat perabot bermutu tinggi, kayu kumai, papan panel, venir, papan lapis, serta rangka pintu dan tingkap.
merbaumerbauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Intsia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah merbau ipil, dan di Sabah ialah ipil laut. Spesies utamanya termasuk Intsia bijuga dan I. palembanica. Gubal kayu merbau berwarna coklat jingga semasa segar, dan bertukar menjadi coklat merah apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi agak sukar dikeringkan. Teras kayunya tahan daripada serangan serangga dan sukar diawet. Kayu merbau sesuai digunakan untuk hiasan dalaman, papan panel, lantai biasa dan parket, kabinet yang bermutu tinggi, peralatan muzik, dan ukiran kayu.

Kembali ke atas