slope of grain | cerun ira | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sudut di arah ira dengan paksi bahan kayu yang dinyatakan sebagai lencongan pada setiap unit panjang . Misalnya Lencongan 1 cm dalam kepanjangan 15 cm, atau 1 dalam 15. Kecerunan yang lebih daripada 1 dalam 20 akan mengurangkan kekuatan bahan tersebut. |
grain | bijian; butiran; ira | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain.,2. Butiran: Benda kecil yang keras seperti gula, garam, pasir dan lain-lain.,6. Ira: Jalinan pada kain, kanvas atau kertas cetak dan fotografi. |
pulling thread | sulam tebuk; cabut benang | Kesenian | Tiada | 1. Sulam tebuk: Sulaman yang dihasilkan dengan mencabut, menggunting dan menarik benang daripada fabrik untuk menghasilkan lubang pada corak.,2. Cabut benang: Proses mengesan ira fabrik untuk memotong kain mengikut ira. |
grain | bijian; butiran; ira | Perubatan | Tiada | 1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain. |
grain | bijian; butiran; ira | Perubatan | Tiada | 1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain.,. |
cleavage | belahan; sigaran; rekahan; celahan; ira | Perubatan | Tiada | 1. Siri pembahagian secara mitosis yang mengubah zigot menjadi embrio berbilang sel. |
kemasan | kemasan | Kesenian | Tiada | 1. Proses mengemas ukiran yang telah dipelas seperti menyelek, menutup ira, menggosok dengan sabut atau keluli. Sinonim: menyampang |
diagonal joint | kekar pepenjuru | Geologi | Tiada | 1. Kekar yang condong ke arah jurus ira.,2. Kekar pada batuan igenus yang terdapat pada 45o ke arah garis alir dan terjadi disebabkan ricihan. |
tongue | lidah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Unjuran yang berbentuk pada sepanjang bahagian tepi kayu yang biasanya dipotong mengikut ira. Lidah ini boleh menguatkan sambungan kayu seperti dalam sambungan lidah-lurah. 2. Bahagian tipis pada hulu kapak yang dimasukkan ke dalam kepala kapak. |
blister | gelembung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Banggol pada permukaan papan lapis akibat pemisahan lapisan-lapisan venir yang biasanya berlaku pada garis perekat. Gelembung terjadi kerana beberapa sebab, seperti ketakcukupan perekat, tempoh pengesetan haba atau tekanan yang singkat atau disebabkan oleh lembapan, wap atau udara yang terperangkap. 2. Corak beralun pada permukaan kayu yang terhasil daripada pembelahan tangen atau pemotongan putar venir, akibat ira yang beralun atau berkerinting. |