volumetric efficiency | kecekapan isi padu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | keupayaan menyedut udara bagi sesebuah enjin yang diungkapkan sebagai nisbah isi padu sebenar udara ambien yang disedut kepada isi padu silinder enjin. Kecekapan isi padu boleh dikira dalam kiraan peratus jisim atau isi padu. Dalam operasi enjin yang tipikal, kecekapan isi padu menjadi tinggi pada kelajuan enjin rendah dan berkurangan apabila kelajuan enjin bertambah. Walau bagaimanapun, kecekapan isi padu boleh ditingkatkan melebihi 100% melalui penggunaan pengecas turbo dan pengecas lampau. Lihat juga interpendingin. |
void ratio | nisbah lompang | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah isi padu lompang, Vv berbanding dengan isi padu pepejal bagi satu unit isi padu, iaitu e = Vv/Vs apabila e, ialah nisbah lompang dan Vs ialah isi padu pepejal. |
volumetric analysis | analisis volumetri | Kimia | Tiada | Analisis kuantitatif gas atau larutan berdasarkan ukuran isi padu. Analisis volumetri bagi gas bergantung pada perubahan isi padu dengan menggunakan sejenis alat yang disebut eudiometer; isi padu sesuatu juzuk campuran gas dapat dianalisis dengan menyerap juzuk tersebut secara berpilih dan seterusnya mengukur perbezaan isi padu yang berkurangan berbanding dengan isi padu asal campuran gas tersebut. Analisis volumetri bagi larutan dilakukan dengan menentukan isi padu larutan yang tidak diketahui yang bertindak balas dengan larutan piawai yang isi padunya diketahui. |
clearance volume | isi padu legaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu dalam silinder semasa omboh berada pada kedudukan takat tinggi atas. Ruang ini terbentuk antara permukaan mahkota omboh dengan bahagian atas kebuk pembakaran dan merupakan isi padu kebuk pembakaran minimum yang boleh dicapai. Isi padu ini biasanya dinyatakan dalam unit sentimeter padu (cc). |
reduced volume | isi padu terturun | Kejuruteraan | Tiada | Nilai yang diperoleh apabila isi padu diungkapkan sebagai pecahan bagi isi padu genting. |
tidal volume | isi padu tidal | Kejururawatan | Tiada | Isi padu udara yang disedut masuk ke dalam atau dihembus keluar daripada paru-paru melalui setiap pernafasan. Bagi orang dewasa, isi padu udara adalah lebih kurang 500 ml. |
absolute volume | isi padu multak | Kejuruteraan | Tiada | Isi padu sebenar zarah-zarah pasir, batu, dan sebagainya yang nilainya dapat ditentukan dengan cara merendamkan bahan-bahan ini di dalam air dan diukur isi padu air yang tersesar. |
soil porosity | keliangan tanah | Pertanian | Tiada | Isi padu liang-liang sampel tanah yang dibahagikan dengan isi padu pukal sampel tanah, iaitu nisbah bahagian isi padu pukal tanah yang tidak dipenuhi oleh bahagian pepejal tanah. |
volume table | sifir isi padu | Perhutanan | Tiada | Jadual yang menerangkan anggaran kandungan isi padu pokok kayu balak atau kayu gergaji bagi satu ukuran yang diberikan atau lebih. Ukuran yang terdapat dalam kebanyakan sifir isi padu pokok ialah garis pusat atau lilit aras dada dan tinggi, dan beberapa sukatan tentang ketirusan batang kayu. |
specific gravity | graviti tentu | Pertanian | Tiada | Berat relatif sesuatu bahan bagi sesuatu isi padu, tidak termasuk isi padu ruang liang, dibandingkan dengan berat air suling pada isi padu yang sama dan pada suhu tertentu. |