volume calculation | kiraan isipadu | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
voxel | Voksel | Teknologi Maklumat | Tiada | Singkatan kepada volume element (unsur isipadu). Unsur yang terkecil bagi imej tiga dimensi yang monitor boleh paparkan. Proses pemvokselan melibatkan penindanan hirisan, iaitu imej keratan rentas piksel dalam format dua dimensi. Imej voksel digunakan dalam teknologi sinar-X, imbasan CAT dan MRI. Imej voksel juga digunakan dalam permainan komputer. Lihat piksel. |

water content of cloud | kandungan air awan | Sains | Hidrometeorologi | Banyaknya air dalam fasa cecair atau pepejal yang terkandung di dalam suatu unit isipadu udara di dalam awan. |
apparent specific gravity | graviti tentu ketara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Nisbah berat bahan yang ditimbang di udara berbanding dengan berat air mengikut sukata isipadu yang sama. |
flux density | ketumpatan fluks | Sains | Hidrometeorologi | Fluks (kadar aliran) sesuatu, biasanya suatu bentuk tenaga, melalui satu unit keluasan permukaan tertentu. Ini bukan suatu ketumpatan isipadu seperti ketumpatan sinaran. |
air pressure | tekanan udara | Sains | Hidrometeorologi | Tekanan oleh udara. Walaupun ini merupakan istilah yang sangat umum, ia paling baik digunakan dalam keadaan yang berkaitan dengan isipadu udara yang terhad, seperti dalam ruang tertutup. Istilah ini sama sekali tidak boleh digunakan untuk menunjukkan daya berarah, seperti tekanan angin. |
batching plant | loji pengelompokan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Loji yang digunakan untuk mengukur kuantiti bahan-bahan campuran seperti pasir, batu, simen dan sebagainya melalui sukatan berat ataupun isipadu dalam penyediaan konkrit siap campur atau konkrit berkelompok. |
bulk modulus | modulus pukal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Modulus daripada nisbah tegasan tiga paksi (tegangan atau mampatan) berbanding dengan perubahan isipadunya. Contohnya, tekanan hidrostatik berbanding dengan keterikan isipadu. |
molecular effusion | efusi molekul | Fizik | Mekanik | Kebocoran gas melalui lubang halus pada tekanan yang rendah dan apabila lintasan bebas min bagi gas tersebut lebih besar daripada dimensi lubang. Isipadu gas bocor per saat berkadar songsang dengan punca kuasa dua ketumpatan. |