radioactive contamination | kontaminasi radioaktif | Herba | Tiada | Pencemaran bahan isotop radioaktif seperti strontium-90, iodin-131, caesium-134, caesium-137 dan plutonium-239 yang terkandung dalam herba. Kontaminasi radioaktif boleh berlaku apabila herba terdedah kepada kemalangan nuklear, herba ditanam di kawasan tanah dan air yang tercemar dengan bahan radio isotop dan semasa herba disteril secara radiasi. Penentuan kandungan radioaktif berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi radioaktif dalam bahan herba boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi radioaktif dikesan dengan mengukur radiasi yang dipancarkan oleh bahan radio isotop menggunakan meter radiasi seperti alat pembilang Geiger. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kebanyakan farmakopeia menetapkan bahawa bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi radioaktif. |
separation factor | faktor pemisahan | Kimia | Kimia Analisis | 1. Ukuran pemisahan dua zat dalam pengekstrakan. 2. Nisbah kelimpahan dua isotop selepas pemprosesan dibahagikan dengan kelimpahan isotop sebelum pemprosesan. |
radioisotopes | radioisotop | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Isotop yang bersifat radioaktif dan digunakan sebagai sumber radioaktif di pelbagai industri. Radioisotop mengeluarkan zarah seperti alfa, beta, dan neutron atau sinar elektromagnet seperti sinar gama. |
Avogadro’s number | nombor Avogadro | Kimia | Kimia Analisis | Bilangan atom dalam 12 gram isotop 12C tulen, iaitu bilangan juzuk dalam satu mol bahan, bernilai 6.023 x 1233mol. |
mass spectrogram | spektrogram jisim | Kimia | Kimia Analisis | Jalur atau garis di atas kertas fotografi yang dihasilkan oleh isotop atau fragmen yang jisimnya berbeza. |
mole | mol | Kimia | Kimia Analisis | Amaun bahan yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan entiti atom yang wujud dalam 12 g isotop karbon 12(12C). Entiti ini mungkin atom, molekul, ion atau elektron. 1 mol sebarang zat mengandungi 6.023 x 1023 zarah. |
Selenium | Selenium | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sejenis unsur kimia bukan logam dengan nombor atom 34 dan diukur dalam unit Se. Selenium banyak digunakan dalam industri sebagai semikonduktor atau fotosel dan mempunyai 7 isotop yang stabil. Selenium boleh hadir sebagai toksik jika berada dalam kuantiti yang banyak. Selenium-75 merupakan radioisotop Selenium yang sering digunakan dalam radiografi industri sebagai punca sinaran. |
mass analyzer | penganalisis jisim | Fizik | Nanoteknologi | Spektrometer jisim yang digunakan untuk menentukan komposisi kimia suatu sampel berasaskan pemisahan ion mengikut nisbah jisim per cas (m/z). Bahan sampel analisis ini terlebih dahulu dijadikan ion bergas dan dialirkan dalam medan magnet dan elektrik. Alat ini juga dapat menentukan komposisi isotop satu atau lebih unsur dalam sesuatu sebatian. |