Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1 perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki; perempuan yg telah berkahwin dgn seseorang lelaki. 2 perempuan yg sudah berkahwin: perkumpulan kaum ~. memperisteri menjadikan isteri; mengahwini: Baginda ~ puteri dr Palembang. memperisterikan memberi beristeri; mengahwinkan anak lelaki: Encik Hamid mengadakan kenduri kahwin kerana ~ anak sulungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
uxoricidepembunuhan isteriKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang dilakukan oleh suami atau bekas (mantan) suami terhadap mangsa yang merupakan isteri atau bekas isteri pelaku.
battered wifeaniaya isteriSosiologi KeluargaTiada-
husband-wife householdisi rumah suami isteriSosiologi KeluargaTiada-
power couplepasangan hebatUmumTiadaPasangan suami isteri yang kedua-duanya sangat berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing.
sleep divorcepisah tidurUmumTiadaPasangan suami isteri yang memilih untuk tidur di katil yang berasingan
honeymoon tourismpelancongan bulan maduPelanconganTiadaAktiviti melancong bagi pasangan suami isteri yang baharu berkahwin dan mempunyai ciri-ciri yang romantik.
babymoonbulan madu hamilUmumTiadaPercutian santai atau romantis oleh pasangan suami isteri sebelum kelahiran bayi mereka.
widow's annuityanuiti baluinsuransTiadaAnuiti di bawah skim pencen yang dibayar kepada isteri setelah kematian suaminya.
marital raperogol perkahwinanKriminologiKeadilan JenayahPenderaan seksual atau keganasan rumah tangga antara suami isteri yang melibatkan persetubuhan tanpa kerelaan pasangan yang menjadi mangsa.
intimate partner violencekeganasan pasangan intimKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang melibatkan penderaan fizikal, psikologi dan seksual.
12

Kembali ke atas