Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.lah] | ايستيله

Definisi : Ar perkataan atau rangkai kata yg me­nyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains; beristilah mempunyai (menggunakan) istilah: perkataan-perkataan Inggeris yg tidak ~ dlm bahasa Malaysia; mengistilahkan memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara; peristilahan yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~; pengistilahan hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg seragam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.lah] | ايستيله

Definisi : kata atau gabungan kata yg mempunyai erti tertentu dlm sesuatu bidang ilmu dll: ~ sains; ~ bahasa. mengistilahkan memberikan istilahnya; menyebut sesuatu dgn perkataan tertentu. peristilahan hal-hal mengenai istilah: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istilah
Rujuk :kata, peristilahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ISTILAH BIISTILAH BMKejuruteraan AutomotifEnjinHURAIAN
realpolitikrealpolitikSains PolitikTiadaIstilah Jerman yang bermaksud politik yang nyata atau sebenar. Istilah ini merujuk kepada fahaman realis yang menganggap politik sebagaimana yang ternyata, bukan seperti yang diharapkan oleh fahaman idealis. Istilah ini biasanya digunakan dalam hal yang berkaitan dengan dasar luar.
belles-lettresbelles-lettresKesusasteraanTiadaIstilah yang digunakan untuk membezakan antara tulisan berseni dengan tulisan saintifik atau falsafah. Istilah ini merujuk kepada penulisan esei pada abad ke-19 yang memperlihatkan ciri-ciri elegan, ilmiah, canggih, dan memperlihatkan unsur jenaka pintar. Pada masa ini, istilah ini memperlihatkan ciri-ciri bertentangan, iaitu penulisan yang remeh, ringan, dan tidak ilmiah. Belles-letteres berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud �tulisan indah�.
systematized nomenclature of medicine-clinical terms (SNOMED-CT)tatanama perubatan bersistem-istilah klinikal (SNOMED-CT)Teknologi Maklumate-KesihatanPerbendaharaan kata multilingual yang piawai bagi istilah klinikal untuk pertukaran maklumat kesihatan klinikal secara elektronik. SNOMED-CT kini mengandungi lebih daripada 300,000 konsep perubatan yang dibahagikan kepada hierarki berbeza seperti struktur badan, penemuan klinikal, lokasi geografi, farmaseutikal dan produk biologi. Setiap konsep ini diwakili oleh satu angka tersendiri dan beberapa konsep ini boleh digunakan secara serentak untuk menggambarkan suatu keadaan yang kompleks. SNOMED-CT memberikan satu standard yang membolehkan keadaan perubatan dan gejala dapat dirujuk. Sistem rujukan berangka ini juga memudahkan pertukaran maklumat klinikal dalam kalangan pembekal penjagaan kesihatan yang berbeza dan sistem rekod perubatan elektronik (EMR).
lexicalizationleksikalisasiKesusasteraanTiadaPerihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep �kewiraan� seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud �membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah�, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti konsep yang lebih menonjol dalam sesuatu masyarakat. Konsep leksikalisasi dikembangkan oleh seorang ahli liguistik Inggeris bernama M.A.K. Halliday.
marine insuranceinsurans marininsuransTiadaInsurans yang khusus berkaitan dengan kaedah pengangkutan serta barangan dalam transit. Istilah marin sahaja merujuk kepada pengangkutan lautan dan istilah marin dalaman pula merujuk kepada pengangkutan serta barangan di darat termasuk sungai dan tasik.
commercial policy (health)polisi perdagangan (kesihatan)insuransTiadaPada asalnya istilah ini digunakan bagi sejenis polisi yang dijual kepada individu yang terlibat dengan perdagangan. Ini adalah untuk membezakan mereka dengan pekerja yang terlibat dengan perindustrian. Tetapi buat masa ini, istilah ini dipakai untuk memberi makna polisi yang tidak diberi jaminan pembaharuan.
associationasosiasiKesusasteraanTiadaPergerakan renungan penyair yang hanyut daripada satu subjek kepada subjek yang lain secara bebas dan bersahaja. Istilah ini berasal daripada bidang falsafah. Contohnya, John Locke (1690) menggunakan istilah ini semasa menampilkan teori tentang perhubungan mental antara objek dengan idea yang mempunyai kaitan dengan objek. Pada abad ke-20, ahli psikoanalisis pula menggunakan asosiasi idea bebas sebagai kaedah menjelajah minda bawah sedar. Idea tentang asosiasi ini menari minat beberapa penyair Inggeris pada awal abad ke-19 seperti Wordsworth dan Coloridge yang menghasilkan banyak puisi bual. Puisi bual ini merupakan kajian terhadap asosiasi yang wujud dalam minda manusia. Pada abad ke-20, asosiasi berperanan membentuk novel aliran kesedaran yang bersifat asosiatif dari segi bentuk dan struktur naratifnya. Contoh karya yang terkenalialah To The Lighthouse (1927) oleh Virginia Woolf, Stasium oleh Putu Wijaya dan Ziarah oleh Iwan Simatupang. Asosiasi berasal daripada bahasa Latin yang bererti �berkongsi atau bersekutu�. Lihat juga aliran kesedaran, imaginasi.
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams.
ErosErosKesusasteraanTiadaNama Dewa Percintaan bangsa Yunani purba. Bangsa Roman purba mengenalinya sebagai cupid. Dewa percintaan ini sering muncul dalam karya sastera klasik Eropah. Istilah Eros bersinonim dengan konsep nafsu cinta dan berahi. Dalam bidang psikiatri, istilah Eros merujuk kepada tahap keinginan seks seseorang.
12345678910...

Kembali ke atas