Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.tis.na]/[is.tis.na/] | استثناء

Definisi : Ar pengecualian; mengistisnakan mengecualikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata istisna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back-to-back-istisnaistisna’ sandar-menyandarEkonomiEkonomi IslamAkad istisna’ yang diistisna’kan semula kepada pihak lain. Akad ini diterima dalam perbankan Islam dengan syarat kedua-dua akad istisna’ tersebut tidak saling berkait. Akad ini biasanya digunakan untuk tempahan barangan perkilangan. Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk mendapat keuntungan di samping memadankan struktur tempoh pembiayaan. Contohnya, perbankan Islam menyediakan pembiayaan kepada syarikat untuk membina kemudahan seperti jana kuasa melalui akad istisna’. Kemudian, perbankan Islam melantik firma kejuruteraan untuk membina jana kuasa tersebut dengan menggunakan akad istisna’ juga. Perbezaan harga yang dibayar oleh perbankan Islam kepada firma kejuruteraan dan harga yang akan diterima daripada syarikat merupakan keuntungan kepada perbankan Islam.
two-tier istisnaistisna’ dua tahapEkonomiEkonomi IslamBentuk perjanjian jualan yang melibatkan pembeli, bank dan kontraktor. Pembeli meminta bank membiayai pembelian suatu barangan dengan spesifikasi tertentu melalui satu akad istisna’. Harga dalam akad ini ditangguhkan dan dibayar secara ansuran dalam tempoh yang dipersetujui. Kemudian, bank membuat akad istisna’ lain dengan kontraktor untuk menghasilkan barangan berkenaan seperti spesifikasi yang ditentukan oleh pembeli. Pembayaran harga kepada kontraktor dibuat secara berkala mengikut kemajuan penghasilan barangan, manakala pembeli mendapatkan pembiayaan mengikut amaun yang dibayar kepada kontraktor.
sukuk istisnasukuk istisnaEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip istisna’. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembekal tempahan aset manakala pemegang sukuk sebagai pembeli tempahan. Sukuk ini merujuk kepada tempahan aset yang melibatkan pembuatan pertukangan seperti bangunan perumahan, jalan raya dan mesin. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai pembeli aset daripada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana. ii. pemegang sukuk membeli sukuk daripada pengeluar sukuk sebagai bayaran untuk aset yang ditempah. iii setelah aset yang ditempah siap maka pengeluar sukuk menyerahkan aset kepada pemegang sukuk. Pemegang sukuk mendapat perolehan dengan dua cara, iaitu pertama harga belian aset lebih rendah daripada nilai sukuk. Cara kedua, iaitu sukuk diperniagakan di pasaran sekunder. Sinonim bon istisna’.
istisna bondbon istisnaEkonomiEkonomi IslamLihat sukuk istisna’.
istisna salebai‘ istisnaEkonomiEkonomi IslamLihat jual beli istisna’.
bai‘ istisnabai‘ istisna’/jual beli tempahanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli secara tempahan bagi sesuatu produk mengikut spesifikasi produk, harga, kaedah pembayaran dan penyerahan yang dipersetujui oleh pihak yang berakad. Harga boleh dibayar kesemuanya sama ada semasa akad, semasa penyerahan produk, bayaran separuh semasa akad atau separuh semasa penyerahan produk, mengikut peratusan siap tempahan atau secara ansuran mengikut persetujuan kedua-dua pihak. Setelah urus niaga ini berlaku, pengusaha mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menyiapkan produk yang ditempah dan menyerahkan produk setelah disiapkan. Urus niaga ini dikecualikan daripada rukun jual beli kerana tiada produk semasa akad tetapi syarak mengharuskannya kerana keperluan masyarakat.
istisna salejual beli istisnaEkonomiEkonomi IslamAkad tempahan barang pembuatan yang memerlukan pembeli menentukan jenis dan spesifikasi barangan tersebut. Harga boleh dibayar sama ada pada masa akad dilakukan atau pada masa penyerahan barangan. Akad ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pembeli dan penjual, iaitu pembeli tidak menanggung beban kenaikan harga dan penjual pula boleh memperoleh tunai lebih awal. Sinonim bai‘ istisna’.
fixed rate mechanismmekanisme kadar tetapEkonomiEkonomi IslamKaedah penentuan kadar untung yang kekal sepanjang tempoh pembiayaan. Kadar untung ditetapkan pada masa akad pembiayaan dimeterai dan bergantung kepada jenis akad yang digunakan seperti akad bai‘ bithaman ajil, murabahah, ijarah dan istisna’. Mekanisme ini memberi lebih manfaat kepada pelanggan melalui dua cara. Pertama, pelanggan boleh mengenal pasti kos dan risiko yang terpaksa ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan. Kedua, pelanggan dapat mengelakkan kenaikan kos yang ditanggung apabila berlaku kenaikan kadar untung pembiayaan semasa di pasaran. Contoh sukuk yang boleh menggunakan mekanisme kadar tetap ialah sukuk salam, sukuk istisna‘ dan sukuk bai‘ bithaman ajil.
non-tradable sukuksukuk tak boleh niagaEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang tidak boleh diniagakan di pasaran sekunder. Urus niaga sijil ini tidak sah kerana mempunyai elemen yang bertentangan dengan syariah kerana aset pendasarnya belum wujud. Contohnya, sukuk al-Istisna’. Walau bagaimanapun, sijil ini boleh diniagakan apabila aset pendasarnya telah wujud atau aset pendasarnya telah mencapai sekurang-kurangnya 51% daripada nilai pasaran. Sinonim sijil kupon sifar tak bleh niaga.
tradable sukuksukuk boleh niagaEkonomiEkonomi IslamSijil kewangan yang boleh diniagakan di pasaran sekunder. Urus niaga sijil ini sah kerana tidak mempunyai elemen yang bertentangan dengan syariah. Syarat utama untuk membolehkan sijil ini boleh diniagakan ialah aset pendasar urusan ini telah wujud. Contohnya aset pendasar bagi sukuk al-Ijarah ialah bangunan yang disewakan. Sukuk tak boleh niaga seperti sukuk al-istisna’ akan menjadi boleh niaga dengan syarat kewujudan aset pendasarnya telah mencapai sekurang-kurangnya 51% daripada nilai pasaran. Sinonim sijil aset kewangan Islam boleh niaga.
12

Kembali ke atas