Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.sya.rat] | اشارت

Definisi : Ar 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, kejipan mata, lambaian tangan, dll) yg dilakukan sbg tanda, alamat: ia melambaikan tangannya memberi ~ masuk; 2. sl = ilmu ~ ilmu ghaib (sakti dll): tetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~; maka dinaiki punggung gajah dgn ~, maka berapa pun digerak tiada juga berjalan gajah itu; berisyarat mempunyai isyarat; berisyaratkan menggunakan sesuatu sbg isyarat: aksi yg lebih banyak ~ kenyitan dan kerlingan; mengisyaratkan 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg isyarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi; terisyaratkan dapat diisyaratkan: kemungkinan sesuatu yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.sya.rat] | اشارت

Definisi : 1 segala sesuatu (spt gerakan kepala, lambaian tangan) yg digunakan sbg tanda; alamat: Dia memberi ~ dgn menganggukkan kepalanya. 2 = ilmu ~ ilmu ghaib atau ilmu sakti: Drpd guru itulah mereka belajar pencak silat, ~ hulubalang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isyarat (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan tanda: alamat, bahasa badan, kiu,

2. Dalam konteks ilmu
bersinonim dengan ilmu ghaib, sakti, sihir, ilmu hitam.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shif reagentreagan anjakanKimiaKimia AnalisisBahan kimia yang digunakan dalam spektroskopi RMN untuk memisahkan isyarat-isyarat yang bertindih pada spektrum RMN hidrogen (H). Misalnya pertindihan isyarat untuk proton aromatik pada julat 6.5-8.0 ppm. dapat dipisahkan dengan baik apabila reagen anjakan seperti Eu(dpm) ditambahkan.
analog hearing aidalat bantu pendengaran analogSains KesihatanTiadaAlat bantu pendengaran yang mengubah isyarat akustik menjadi isyarat elektrik sebelum diperkuat dan ditukarkan semula menjadi isyarat akustik.
discriminatordiskriminatorKimiaKimia Analisis1. Peranti yang menghasilkan perubahan amplitud sebagai gerak balas terhadap perubahan frekuensi atau fasa isyarat. 2. Litar yang outputnya bergantung kepada bagaimana isyarat input berbeza dalam beberapa aspek, daripada isyarat piawai atau isyarat yang lain.
noisebisinganKimiaKimia AnalisisFenomena turun naik kuasa isyarat yang hadir bersama isyarat hasil pengukuran kuantiti elektrik atau fizik. Bisingan ini mungkin berpunca dari dalam sistem itu sendiri atau dari luar.
probeprobTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeranti yang berfungsi menukarkan isyarat masukan kepada isyarat keluaran dalam bentuk yang lain. Sinonim alat duga, tranduser.
back reflection signalisyarat pantulan belakangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikIsyarat yang terhasilapabilatenaga ultrasonik dipantulkan daripada permukaan belakang bahan uji yang berlawanan arah dengan permukaan prob yang digunakan. Isyarat ini digunakan secara meluas untuk mengukur ketebalan bahan dan mengesan ketakselanjaran.
electronic engine control systemsistem kawalan enjin elektronikKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pengurusan dan kawalan enjin yang terdiri daripada modul kawalan elektronik, penderia, suis dan penggerak. Sistem ini menerima isyarat input dari pelbagai penderia lalu diproses oleh modul kawalan elektronik dan menghasilkan isyarat output. Isyarat ini seterusnya dihantar ke penggerak untuk mengawal sistem pencucuhan, sistem suntikan bahan api, sistem kawalan pancaran dan sebagainya.
signal intensitykeamatan isyaratTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTahap keamatan gelombang bunyi bagi mengesan ketakselanjaran atau mengukur ketebalan sampel yang boleh diubah dengan meninggikan atau merendahkan amplitudnya. Keamatan isyarat dinyatakan dalam unit desibel (dB) yang merupakan bacaan perubahan dalam keamatan bunyi dengan asas logaritma seperti formula yang berikut: dB = 20 log (h1/h2), Dengan h1 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan pertama dan h2 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan kedua. Contohnya, jika terdapat dua pantulan dengan nisbah 10:1, perbezaan (dB) dalam ketinggian gema adalah seperti yang berikut: dB = 20 log (10/1) = 20 dB
analog signalisyarat analogSains SukanBiomekanikIsyarat elektrik yang berubah saiz dan frekuensinya kerana perubahan persekitaran seperti bunyi, cahaya, haba, posisi dan tekanan.
directional signalisyarat pandu arahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaIsyarat lampu pada kereta untuk memberi petunjuk arah ke kiri atau ke kanan.
12345678910...

Kembali ke atas