Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ga.an] | جاݢاءن

Definisi : 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2. peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ga.an] | جاݢاءن

Definisi : kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jagaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supportive carejagaan sokonganKesihatan AwamTiadaKaedah jagaan untuk menghalang gejala awal penyakit, penjagaan keselesaan, pengurusan gejala, kesan sampingan rawatan penyakit, dan penjagaan kelegaan.
maternal custodyjagaan ibuSosiologi KeluargaTiada-
paternal custodyjagaan bapaSosiologi KeluargaTiada-
healthcare providerpenyedia jagaan kesihatanKesihatan AwamTiadaIndividu atau institusi berlesen yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti rawatan kecemasan, pencegahan, pemulihan jangka panjang, hospital, diagnostik, primer, paliatif, dan rawatan di rumah dengan cara yang sistematik kepada individu, keluarga atau masyarakat.
emergency nursing carejagaan kejururawatan kecemasanKejururawatanTiadaTindakan kejururawatan segera yang diberikan kepada pesakit dalam keadaan serius dan berlaku secara tiba-tiba yang boleh mengancam nyawa atau mengakibatkan komplikasi teruk.
confinement care centrepusat jagaan ibu bersalin/pusat penjagaan ibu bersalinSosiologiTiadaTempat yang dikendalikan oleh individu terlatih untuk menjaga ibu bersalin dan bayinya mengikut tempoh yang ditetapkan.
nursing care planperancangan jagaan kejururawatanKejururawatanTiadaPerancangan kejururawatan yang disediakan untuk memenuhi keperluan pesakit sebelum memulakan perawatan.
caregiverpengasuhKejururawatanTiadaSeseorang yang menguruskan jagaan kepada pesakit yang bergantung sepenuhnya atau bergantung separa untuk penjagaan diri pesakit berkenaan.
psychogeriatric long-term carerawatan jangka panjang psikogeriatrikPerubatanPsikiatriJagaan kesihatan yang diberi kepada pesakit geriatrik meliputi aspek psikologi, biologi dan pemulihan psikososial untuk tempoh yang panjang.
high sealaut lepasSains MarinTiadaLaut atau lautan terbuka di luar daripada jagaan sebuah negara. Laut lepas juga merujuk kawasan yang bebas kedaulatan "Terra nullius" atau bermaksud tiada sesiapa atau negara yang menguasainya. Kesemua negara mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti perikanan, navigasi, terbang di ruang udara tersebut, memasang kabel atau paip dasar laut, dan membuat kajian saintifik di kawasan ini.
12

Kembali ke atas