Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jahat;

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
morality playlakon moralitiKesusasteraanTiadaDrama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500).
arsonbakar jahatKriminologiKeadilan JenayahTindakan membakar sesuatu premis (seperti rumah dan bangunan), struktur atau kenderaan dengan sengaja. Tindakan ini boleh melibatkan tujuan jenayah yang lain seperti penipuan, pelupusan bahan bukti, balas dendam dan sebagainya.
malicious actperbuatan berniat jahatSains NuklearKejuruteraan ReaktorPerbuatan atau percubaan untuk mensabotaj atau memindahkan bahan radioaktif tanpa kebenaran.
nemesisnemesisKesusasteraanTiadaPembalasan terhadap sesuatu perbuatan jahat, atau ejen yang menjalankan pembalasan tersebut. Dalam tradisi Yunani, konsep pembalasan dipersonifikasikan melalui Nemesis, iaitu dewa Yunani yang bertanggungjawab menjalankan tugas pembalasan bagi pihak para dewa antara terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Istilah Nemesis berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pembalasan�.
phishingpancing dataKomputerTiadaCubaan dengan niat jahat dan menyalahi peraturan untuk mendapatkan maklumat sensitif dalam talian seperti nama pengguna, kata laluan dan kad kredit, dengan menyamar sebagai entiti sah.
cyberattackserangan siberTeknologi MaklumatTiadaSebarang percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana individu, pihak atau organisasi untuk mengambil kesempatan dengan mendedahkan, mengubah, melumpuhkan, memusnahkan, mencuri atau mendapatkan akses tanpa izin yang menyasarkan sistem komputer atau jaringan komputer dengan menggunakan satu atau lebih komputer penyerang.
vishingpenipuan panggilanTeknologi MaklumatTiadaCubaan dengan niat jahat melalui panggilan telefon untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan.
smishingpenipuan SMSTeknologi MaklumatTiadaCubaan dengan niat jahat melalui sistem mesej singkat untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan.
arsonarsoninsuransTiadaPembakaran harta dengan sengaja dan berniat jahat untuk menipu syarikat insurans.
blended attackserangan teradunSains NuklearKejuruteraan ReaktorPerbuatan berniat jahat yang melibatkan koordinasi kedua-dua serangan siber dan serangan fizikal.
123

Kembali ke atas