Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.két] | جاکيت

Definisi : (jakét) 1. sj kot pendek berlengan dan terbuka di depan, labuhnya hingga ke pung­gung; ~ keselamatan sj jaket tidak berlengan yg boleh dikembungkan, biasanya digunakan ketika kecemasan dlm air; 2. balutan yg direka bentuk utk melindungi kulit buku; berjaket memakai jaket: Emil ~ kulit ber­warna hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.két] | جاکيت

Definisi : /jakét/ 1 sj kot pendek berlengan dan terbuka di bahagian depan atau boleh dizip, labuhnya hingga ke bahagian punggung. 2 balutan yg direka bentuk utk melindungi kulit buku. ~ keselamatan sj jaket tidak berlengan yg boleh dikembungkan, biasanya digunakan ketika kecemasan dlm air. berjaket memakai jaket: Emil ~ kulit berwarna hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaket


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
puffer jacketjaket gelembungUmumTiadaJaket paras pinggang atau pinggul yang dijahit dengan material lembut dan tebal yang menjadi beberapa bahagian sehingga menampakkannya seperti bergelembung.
water jacketjaket airKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang yang terletak di luar blok atau kepala silinder yang boleh dilalui oleh bahan penyejuk.
water jacketjaket airKejuruteraan AutomotifEnjinRuang di dalam blok dan kepala silinder yang membenarkan bahan pendingin mengalir melaluinya untuk menyejukkan enjin. Bahan pendingin tersebut akan menyerap haba daripada komponen dalam enjin dan memindahkan haba tersebut ke radiator. Pemindahan haba ini akan menyejukkan komponen tersebut bagi membolehkan enjin terus beroperasi dan mengelakkan enjin menjadi terlampau panas.
hoodiebaju hudFesyenTiadaSejenis baju peluh atau jaket yang mempunyai penutup kepala yang terlekat pada bahagian belakang leher baju tersebut.
blurbblurb-TiadaKeterangan ringkas tentang buku pada bahagian jaket atau kulit belakang buku bagi tujuan promosi.
flapsayap-TiadaBahagian sisi depan dan sisi belakang jaket atau kulit buku yang dilipat ke dalam.
water pumppam airKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang digunakan untuk mengendalikan kitaran cecair bahan pendingin di antara jaket air dalam blok silinder dan kepala silinder dengan radiator. Pam yang biasa digunakan adalah daripada jenis emparan. Pam air dipacu oleh aci engko melalui tali sawat.
water pumppam airKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat dalam sistem penyejukan enjin yang mengepam dan mengedar bahan penyejuk di antara jaket air enjin dengan penyinar.
cylinder headkepala silinderKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian yang diletakkan di atas blok silinder dan melitupi gerek silinder serta omboh untuk membentuk kebuk pembakaran Bahagian ini juga dilengkapi sistem pengambilan, sistem ekzos dan perumah palam pencucuh. Kepala silinder juga mempunyai jaket air atau sirip pendingin untuk menyejukkannya. Bagi enjin empat lejang, kepala silinder turut dilengkapi jaket minyak untuk pelinciran rangkaian injap dan menjadi perumah rangkaian injap.
oolant circulationkitaran pendinginKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang mengeluarkan haba dari enjin ke atmosfera dengan memaksa bendalir pendingin bergerak dalam satu kitaran aliran bendalir. Haba dari blok silinder dialirkan menggunakan bendalir pendingin dalam jaket air ke radiator, seterusnya dipam semula ke blok silinder. Suhu bendalir ini dikawal oleh termostat supaya tidak melebihi suhu spesifikasi, manakala tekanan bendalir dikawal oleh tukup tekanan radiator. Sistem ini juga bertujuan menghalang enjin daripada menjadi terlampau panas.
12

Kembali ke atas