Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lan] | جالن

Definisi : 1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grid-iron patterncorak kekisiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaCorak bandar yang dirancang mengikut jalan-jalan yang berbentuk segi empat.
road medianpembahagi jalan/median jalanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
road upgradingpeningkatan taraf jalan/penataran jalanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
kerbbebendul jalanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBlok konkrit sebagai sempadan antara jalan dan bahu jalan.
street furnitureperabot jalanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaStruktur binaan atau elemen yang disediakan di jalan dan sekitar jalan untuk kemudahan awam.
curbsusur jalanKejuruteraanTiada1. Granit keras atau konkrit pratuang yang digunakan sebagai sempadan di sepanjang jalan dan mengehadkan lorong jalan kaki.,kren.,3. Kerangka kayu, bulat atau empat segi, yang dimasukkan ke dalam lubang syaf sebagai asas untuk dinding atau untuk menyokong dinding lubang itu, biasanya bersama-sama dengan kayu-kayu lain.
trunk roadjalan penghubung utaman/jalan banangPenilaian Harta TanahTiadaTiada
laterite roadjalan tanah merah/ jalan lateritPenilaian Harta TanahTiadaTiada
streetscapelandskap jalanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLandskap yang dibina khas di sepanjang jalan seperti penanaman pokok dan penyediaan perabot jalan.
short circuitlitar pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKerosakan dalam litar elektrik apabila arus mengalir melalui jalan terdekat atau jalan pintas untuk sampai ke bumi.
12345678910...

Kembali ke atas