Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counterplotplot sampinganKesusasteraanTiadaJalan cerita dalam sesebuah karya yang lebih rendah tarafnya daripada plot utama. Jalan cerita menyentuh persoalan tema dan aksi pokok dalam naratif, drama atau teater. Plot sampingan boleh bersifat bertentangan dengan plot utama, tetapi berkaitan dengannya. Tujuan plot sampingan adalah untuk memperhebat atau menyerlahkan plot utama. Tindak tanduk antagonis yang berlawanan dengan watak utama boleh juga diperikan sebagai plot sampingan. Plot sampingan dikenali juga sebagai subplot. Lihat juga plot, struktur dramatik.
recitrecitKesusasteraanTiadaSusunan jalan cerita yang tertera dalam teks sastera, tetapi susunannya tidak teratur. Konsep recit memperluaskan perbincangan ciri puitika yang dikemukakan oleh Aristotle untuk membezakan jalan cerita yang disusun mengikut susunan masa atau histoire, dengan cerita yang dipersembahkan oleh pengisah. Konsep ini diketengahkan oleh ahli strukturalisme Perancis pada tahun 1960-an. Konsep ini diambil daripada konsep formalisme Rusia sjuzet yang lebih kurang sama maksudnya.
dramatic plotplot dramatikKesusasteraanTiadaSatu jalan cerita yang bersifat drama.
double plotdwiplotKesenianDrama dan TeaterDrama yang mengemukakan dua jalan cerita seperti kisah yang berbentuk drama dalam drama. Contohnya, Anak Tanjungkarya Noordin Hassan.
romantic dramadrama romantikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan jalan cerita bersuasana romantik dalam bercinta seperti drama Uda dan Darakarya Usman Awang.
plot deviseolah plotKesenianDrama dan TeaterProses membina dan mengembangkan jalan cerita sesuai dengan genre drama.
recognition plotplot penyerlahanKesusasteraanTiadaPlot yang mengandung pertukaran penting atau perubahan tertentu pada jalan cerita misalnya watak yang tersembunyi dapat dikenali.
readerlymesra bacaKesusasteraanTiadaSifat teks yang bahasanya bersifat telus dan menggambarkan alam secara harfiah. Jalan cerita dan perwatakan dalam teks agak jelas. Oleh itu, pembaca hanya memainkan peranan yang pasif. Jenis karya ini diperkenalkan oleh pengkritik strukturalisme Perancis, iaitu Roland Barthes dalam bukunya bertajuk S/Z pada tahun 1970 bagi membezakannya dengan jenis karya yang dikenali sebagai cabar baca. Lihat juga cabar baca.
commercial filmfilem daganganKomunikasiTiadaFilem yang memenuhi cita rasa penonton. Ciri-ciri filem ini ialah jalan cerita yang mudah diikuti, tema dan persoalan yang ringan dan kerap berlaku dalam masayarakat, penggunaan para pelakon yang popular dan diiringi dengan muzik serta lagu yang menarik serta pembikinan filem yang kurang memberi unsur inovatif.
story linegaris ceritaKomunikasiTiadaLihat: jalan cerita.
123

Kembali ke atas