creep (amalgam) | jalaran (amalgam) | Pergigian | Tiada | Fenomena cacat bentuk yang terjadi akibat tekanan malar dalam jangka masa yang lama. Kejadian ini berlaku kepada restorasi amalgam yang mengakibatkan amalgam bergerak keluar dari pinggir kaviti. Pergerakan ini disebabkan sifat kandungan bahan dalam amalgam. Jalaran amalgam ini boleh mengakibatkan restorasi amalgam terfraktur di pinggir disebabkan amalgam tersebut nipis. Fenomena ini boleh dikurangkan dengan mengurangkan komposisi zink di dalam aloi amalgam. |
offset | jalaran | Botani | Tiada | Batang tebal yang melata dan keluar dari pangkal pokok induk dengan hujungnya mengeluarkan rumpun-rumpun daun dan sekumpulan akar halus terdapat di bawahnya. Contohnya, pada keladi bunting. |
vinery | rumah jalaran | Landskap | Tiada | Rumah teduhan bagi tumbuhan menjalar dan memanjat. |
routing | pelacakan | Hidrologi | Tiada | Teknik yang digunakan untuk mengira kesan simpanan dan jalaran alur terhadap bentuk dan gerakan gelombang banjir melalui suatu ruas sungai. |
radio meteor | meteor radio | Sains | Hidrometeorologi | Meteor yang dikesan oleh pantulan isyarat radio dari jalaran meteor yang keamatan ionnya (turus ionnya) agak tinggi. |
pergola garden | taman pergola | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mempunyai pelbagai jenis struktur teduhan yang dibina di bahagian atas laluan atau ruang terbuka yang direntang dengan jalaran kayu. |
wave, oscillatory | gelombang berayun | Hidrologi | Tiada | Gelombang yang setiap zarahnya berayun di sekitar satu titik dengan hanya sedikit alihan atau tidak ada langsung alihan kekal ke arah jalaran gelombang. |