resolution | resolusi | Kimia | Kimia Analisis | 1. Kebolehan spektrometer membezakan jalur-jalur penyerapan berdekatan atau memisahkan dua garis spektrum yang sangat berdekatan dengan sempurna. 2. Pemisahan suatu campuran atau sebatian tak aktif optik kepada komponen-komponennya yang aktif optik. |
tyre-were indicator | penunjuk haus tayar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jalur-jalur getah kecil yang membonggol dalam alur bunga tayar merentasi permukaan tayar, yang digunakan sebagai petunjuk takat haus tayar. |
agate ware | barang akik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Campuran tanah liat yang membentuk jalur-jalur gelungan berwarna-warni yang menyerupai warna akik, yang dipelopori oleh Josiah Wedgewood (1730 - 1795), seorang pembuat tembikar berbangsa Inggeris. |
bar code | kod jalur | - | Tiada | Jalur-jalur tegak berwarna gelap di dalam petak segi empat yang dicetak pada buku, majalah, jurnal dan bahan penerbitan yang lain untuk dibaca oleh mesin pengimbas bagi memberikan maklumat tentang bahan penerbitan tersebut. |
probe bandwidth | lebar jalur prob | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Julat frekuensi bagi sesebuah prob yang bergantung pada kaedah pembuatan prob. Syarikat pembuat prob komersial biasanya mengkategorikan prob buatannya sebagai lebar jalur, lebar jalur tinggi dan lebar jalur sederhana. Prob dengan lebar jalur mempunyai kelebaran jalur 50 – 100%, lebar jalur tinggi ialah 60 – 120% dan lebar jalur sederhana 30 – 50%. Lebar jalur mempengaruhi resolusi prob. Contohnya, dua kecacatan yang berdekatan dapat dibezakan apabila prob mempunyai resolusi yang tinggi. Rajah menunjukkan graf amplitud melawan frekuensi bagi sesuatu prob. Prob dengan ciri frekuensi lebar akan meningkatkan tahap resolusi. Ciri ini bergantung kepada ciri bahan peredam pada belakang transduser. |
band gap | jurang jalur | Fizik | Nanoteknologi | Perbezaan tenaga antara jalur valensi teratas dengan jalur konduksi terbawah dalam bahan pepejal. Jurang tenaga menentukan sifat optik dan elektrik sesuatu bahan semikonduktor. |
broadband | jalur lebar | Teknologi Maklumat | Tiada | Muatan penghantaran bagi sesuatu talian penghantaran seperti rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer. Dalam komunikasi analog, jalur lebar diukur dalam Hertz (kitaran per saat). Dalam komunikasi digital, jalur lebar diukur dalam bit per saat (bps). Contohnya jalur lebar talian T-1 adalah 1.54Mbps manakala jalur lebar talian telefon biasa adalah 28.8 Kbps. |
bandwidth junkie | kaki lebar jalur | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengguna lebar jalur yang tidak pernah puas dengan kelajuan yang ada dan akan berusaha untuk mendapatkan lebar jalur yang terpantas melalui teknologi yang terkini. Pengguna ini biasanya terdiri daripada mereka yang menggunakan Internet untuk memuat turun fail-fail besar seperti lagu, video dan permainan. |
band theory | teori jalur | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Lihat struktur jalur. |
bimetallic strip | jalur dwilogam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Dwilogam yang dibuat dalam bentuk jalur. |