banjo clock | jam banjo | Kesenian | Hiasan Dalaman | Jam dinding Amerika abad ke-19 yang berbentuk banjo (sejenis alat muzik). Jam banjo diperkenalkan oleh Simon Wlliard. |
massed practice | praktis massa | Sains Sukan | Biomekanik | Tempoh latihan yang dijalankan secara berterusan, dengan jeda rehat yang tidak kerap. Contohnya, dalam satu sesi latihan selama dua jam, jeda rehatnya ialah sekali sahaja antara jam pertama dengan jam kedua. |
gale | badai | Sains Marin | Tiada | Angin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika). |
indicated speed | laju tertunjuk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelajuan kenderaan seperti yang ditunjukkan oleh meter kelajuan. Kelajuan diukur dalam unit km/jam atau batu/jam. Ukuran ini ditunjukkan oleh penunjuk berjarum atau secara paparan elektronik pada papan pemuka. |
one hour record | rekod satu jam | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan mencipta masa oleh seseorang pelumba dalam masa satu (1) jam di atas balapan velodrom. |
ampere-hour | ampere-jam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit yang digunakan untuk mengukur muatan bateri yang diperoleh dengan mendarab arus (dalam ampere) dengan masa (dalam jam) |
24-hour dietary recall | ingatan diet 24-jam | Sains Kesihatan | Tiada | Kaedah menilai pengambilan makanan harian dengan mengingat jenis dan jumlah makanan dan minuman yang diambil dalam tempoh 24 jam. |
knot | knot | Sains Marin | Tiada | Unit kelajuan yang bersamaan dengan 1 batu nautika (1.852 km per jam atau berhampiran 1.151 batu per jam). |
optical rotation | putaran optik | Herba | Tiada | Darjah atau arah anjakan cahaya terkutub satah apabila melalui bahan kiral, seperti isomer suatu sebatian kimia akan memutarkan cahaya terkutub satah mengikut arah jam dengan simbol + (dekstroputaran) atau melawan arah jam dengan simbol � (levoputaran). Putaran optik ialah kaedah rasmi untuk menentukan kualiti minyak herba dan madu. Contohnya nilai putaran optik bagi minyak serai wangi (�4� hingga +5�, BP), minyak pala (+8� hingga +18�, BP) dan madu (maks.+0.6�, BP). |
swelling index | indeks mengembung | Herba | Tiada | Nilai kemampuan satu gram bahan herba mengembung dalam suatu isi padu (mililiter) larutan akues selepas 4 jam. Nilai ini merupakan ukuran kandungan musilaj, gam, pektin atau hemiselulosa dan bahan yang boleh mengembung dalam herba bagi menentukan kualiti bahan mentah. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggoncangkan satu gram bahan herba dalam satu mililiter campuran air-etanol (1:25) setiap sepuluh minit selama satu jam dan hasilnya diukur selepas 4 jam. Contohnya, had piawai indeks mengembung bagi agar ialah � ? 10. |