Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1. titi yg besar (yg dibuat drpd kayu atau batu) utk lalu lintas menye­berangi sungai, jalan kereta api dll; 2. ki peng­hubung, perantara: peranan saya ialah sbg ~ utk menghubungkan kesarjanaan saya dgn dunia politik saudara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1 titi besar yg dibina merentangi sungai dll utk lalu lintas kenderaan dan manusia: ~ gantung jambatan yg menggunakan tali utk menghubungkan kedua-dua belah tebing; ~ pelampung jambatan yg terapung di atas air. 2 ki orang dsb yg menghubungkan dua pihak; perantara; penghubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jambat
Kata Terbitan : jambatan,

Puisi
 
Labuan jambatan batu,
     Tempat mengisi tudung pelikat;
Dari tuan dulu satu,
     Nyawa di badan disimpan lipat.

Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Menyeberangi jambatan emas.

Bermaksud :

Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.

Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jet bridgejambatan jetPelanconganTiadaJambatan tertutup yang boleh bergerak untuk menghubungkan terminal dengan kapal terbang.
chromosome bridgejambatan kromosomBiologiTiadaJambatan yang terbentuk pada kromosom disentromer sewaktu anafasa akibat pemisahan dua sentromer ke kutub yang bertentangan. Bahagian ini selalunya terbentuk akibat songsangan kromosom parasentromer atau sebagai aberasi kromosom kesan aruhan sinaran dan akan menghasilkan juga keratan kromosom yang asentromer.
bridgejambatanPergigianTiada-
aerobridgejambatan udaraAeroangkasaTiadaJejambat bertutup yang digunakan oleh penumpang untuk naik atau turun dari pesawat udara. Kegunaannya di terminal pelabuhan udara adalah untuk kemudahan penumpang di samping memberi keselesaan dan keselamatan.
highway bridgejambatan jalan rayaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
implant-supported bridgejambatan disokong implanPergigianTiada-
liquid junction potentialkeupayaan simpangan cecairKimiaKimia AnalisisKeupayaan yang terbit apabila terdapat jambatan garam sebagai simpang secair oleh sebab adanya perbezaan kadar pembauran ion-ion di antara larutan. Kadar pembauran bergantung kepada saiz, bentuk dan berat.
null instrumentalatan nolKimiaKimia AnalisisAlatan yang menunjukkan titik akhir atau titik imbang antara dua kesan. Contohnya galvanometer di dalam litar jambatan Wheatstone akan menunjukkan bacaan sifar apabila seimbang.
imagecitraKesusasteraanPuisiGambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi.

Kembali ke atas