bail bond | bon jaminan | insurans | Tiada | Bon mahkamah yang memberi jaminan bahawa orang yang dijamin akan menghadirkan diri di mahkamah seperti yang dikehendaki. |
financial guarantee bond | bon jaminan kewangan | insurans | Tiada | Bon yang memberi jaminan kepada pemberi pinjaman bahawa insurer akan membayar sejumlah wang yang tetap atau yang akan ditentukan, jika peminjam gagal membayar pinjaman. |
herbal quality assurance | jaminan kualiti herba | Herba | Tiada | Program pengauditan bersistem yang menggariskan tanggungjawab suatu organisasi untuk menentukan sistem, kemudahan dan prosedur bertulis adalah lengkap dan dipatuhi bagi menjamin produk dalam kawalan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pengilangan produk herba, jaminan kualiti melibatkan aktiviti berkaitan dengan kakitangan, premis pengilangan, proses pengilangan serta pengedaran produk untuk jualan. Jaminan kualiti herba berguna untuk menjamin kualiti produk dan memberikan keyakinan kepada pengguna, di samping mematuhi keperluan peraturan. |
quality assurance | jaminan kualiti | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sistem kualiti yang melibatkan semua aktiviti dalam suatu organisasi yang dirangka secara terancang dan sistematik untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan. Jaminan kualiti produk herba merangkumi individu yang kompeten serta premis, peralatan dan kemudahan yang bersesuaian dan mencukupi. |
freedom of speech | kebebasan bersuara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang tidak menghalang sebarang penyuaraan idea, cadangan atau pemikiran. Kebebasan ini tidak terbatas walaupun bersifat kritikan kepada pemerintah. Perlembagaan negara memberi jaminan kebebasan bersuara melainkan jika mengancam keselamatan negara. Jaminan perlembagaan ini terbukti melalui amalan harian yang membolehkan setiap individu melahirkan pandangan mereka. Kebebasan bersuara merangkumi kebebasan menerbit, menyiar, mempamer dan membuat sebarang kenyataan rasmi sama ada melalui pengucapan sendiri, menulis di akhbar, menyuarakan di radio, televisyen dan sebagainya. Penyuaraan ini juga tidak perlu melalui badan penapis atau lembaga pemeriksa. Kebebasan bersuara ini merupakan satu unsur asas dalam pemerintahan demokrasi. |
warranty | jaminan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Janji yang diberikan oleh pihak yang diinsuranskan bahawa sesuatu perkara akan atau tidak akan dibuat, sesuatu syarat akan dipenuhi atau sesuatu fakta yang diberikan adalah benar atau salah. Perjanjian ini, mesti dipatuhi oleh pihak yang diinsuranskan. Pelanggaran waranti boleh menyebabkan insurer menolak liabiliti. |
warranty | jaminan/ waranti | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
guarantee | jaminan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
reasonable assurance | jaminan munasabah | Audit | Tiada | Kaedah pengauditan untuk mendapatkan pandangan yang munasabah bagi membolehkan juruaudit memberi pandangan terhadap perkara yang diaudit. Kaedah ini dapat memberikan tahap keyakinan yang tinggi kepada pengguna bahawa kenyataan palsu yang terkandung dalam penyata kewangan akan dapat dikesan. |
security deposit | cengkeram jaminan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |