Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.mu.ja.mu] | جامو٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), be­beras padi, mesirah hutan, Aprosa microcalyx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.mu.ja.mu] | جامو٢

Definisi : , jejamu sj ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai akar dan daun kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jamu-jamu

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai bertandang ke rumah janda.

Bermaksud :

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jamujamuHerbaTiadaSediaan herba yang mengandungi campuran pelbagai bahagian tumbuhan. Jamu boleh terdiri daripada bahan segar atau kering, dalam bentuk yang utuh, serbuk atau ekstrak. Sediaan herba ini berasal dari Indonesia. Contohnya, jamu selepas bersalin dan jamu langsing.
concoctionkonkoksiHerbaTiadaCampuran bahan atau ramuan pelbagai herba yang disediakan dengan bantuan haba. Contohnya, jamu dan ubat periuk selepas bersalin.
herbal sachetsacet herbaHerbaTiadaPaket kecil pakai buang yang mengandungi ramuan herba untuk sekali guna. Contohnya, sacet teh limau dan teh jamu.
genuine herbal preparationsediaan herba tulenHerbaTiadaSediaan herba tanpa eksipien. Sediaan yang berbentuk lembut dan cecair mungkin mengandungi pelarut pengekstrakan seperti air dan alkohol. Contohnya, ubat periuk dan jamu.

Kembali ke atas