propranolol hydrochloride | propranolol hidroklorida | Kimia | Forensik | Formula kimia, C16H21NO2.HCI; nama dagang, Inderal, Apsolol, Angilol dan Deralin. Hablur putih, takat lebur 163�C - 164�C, larut dalam air dan etanol, tak larut dalam eter, benzena dan etil asetat. Propranolol hidroklorida merupakan ubat agen penyekat beta-adrenoseptor yang digunakan untuk merawat ritma jan tung tak normal, angina dan tekanan darah tinggi. Penggunaannya kini dihalang dalam kes asma, ritma jantung tak seragam, kerosakan jantung, penggunaan perencat monaminaoksidase pada masa yang sama, atau alergi. Kesan sampingan termasuk kerosakan jantung, jantung tersumbat, masalah pernafasan, sakit abdomen dan usus, dan tindak balas alergi. Gejala menyisih diri mungkin berlaku bagi sesetengah pesakit. Dalam plasma, dos terapeutik ialah 0.05 mg/L - I mg/L, dos toksik adalah melebihi 2 mg/L dan dos maut adalah melebihi 4 mg/L. |
nabat | nabat | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Nabat merupakan rekorder yang diperbuat daripada buluh. Tiub buluh berbentuk silinder atau kon mempunyai tujuh lubang jari dan satu lubang untuk ibu jari. Nabat ditiup pada pangkal dan digunakan untuk memainkan repertoir melodi tertentu yang berhubung kait dengan cerita suku kaum Jah Hut. Alat muzik ini dimainkan oleh suku kaum Jan Hut di Pahang. |