mortality function | fungsi kemortalan | insurans | Tiada | Fungsi yang bergantung kepada jangka masa hayat manusia. |
limited payment life insurance | insurans hayat bayaran terhad | insurans | Tiada | Insurans hayat dengan tempoh bayaran premiumnya terhad. Jangka masa pembayaran premium mungkin lebih pendek dari masa perlindungan insurans. Contoh: insurans hayat seumur hidup dengan pembayaran premium terhad hingga umut 50. |
reducing premium | premium mengurang | insurans | Tiada | Premium insurans hayat dibayar pada kadar yang berkurangan selepas jangka masa tertentu. Contoh: bonus di bawah polisi dengan keuntungan digunakan untuk mengurangkan secara berterusan premium boleh bayar tanpa menambah jumlah diinsuranskan. |
return premium | pemulangan premium | insurans | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. 2. Rider dalam polisi insurans hayat, yang memperuntukkan bahawa sekiranya insured meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan maka insurer akan membayar satu amaun bersamaan dengan jumlah semua premium yang telah dibayar, sebagai tambahan kepada amaun muka polisi. |
annuity | anuiti | Ekonomi | Tiada | Sejumlah wang yang diterima atau dibayar kepada seseorang oleh badan tertentu, seperti syarikat insurans, setiap tahun bagi satu jangka masa yang ditetapkan. Bayaran ini dibuat sekali atau beberapa kali setahun. Anuiti merupakan pulangan pada premium insurans yang dibayar dahulu. Misalnya, anuiti hayat dan anuiti tertunda. |