premium | premium | insurans | Tiada | Harga pelindungan insurans untuk risiko tertentu bagi jangka waktu yang ditetapkan. |
acute | akut | Herba | Fitoterapi | Kesakitan teruk yang dialami secara mendadak dalam jangka waktu yang singkat. |
average length of stay | tempoh inap purata | Pelancongan | Tiada | Hitung panjang jangka waktu penginapan tetamu pada sesuatu masa. |
cosmetic notification validity period | tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jangka waktu yang ditetapkan untuk kesahan pemberitahuan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik adalah selama 2 tahun. Pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada satu bulan sebelum tamat tempoh berserta dengan yuran pemprosesan. Sinonim tempoh kesahan notifikasi kosmetik. |
rainfall distribution | taburan hujan | Pertanian | Tiada | Corak hujan turun di sesuatu atau beberapa tempat dalam jangka waktu tertentu. Corak taburan hujan boleh diambil untuk beberapa bulan atau tahun untuk melihat trend turun naik jumlah bagi tujuan perancangan pertanian. Banyak teknik boleh digunakan untuk melihat taburan hujan sama ada secara grafik atau menggunakan kaedah komputer. |
cost analysis | analisis kos | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Analisis untuk menentukan kos dan pulangan bagi sesuatu projek dalam jangka waktu tertentu. |
regime | rejim | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan atau pengurusan yang mempunyai bentuk pemerintahan yang signifikan atau dikenali umum. Konsep rejim ini terhasil ekoran daripada sebuah pemerintahan yang panjang atau dikuasai oleh pemimpin yang istimewa, kontroversi atau terkenal. Rejim turut melambangkan satu jangka waktu pemerintahan seperti rejim Soeharto pada dekad 1970-an dan 1980-an di Indonesia. Pemerintahan ini juga boleh bersifat demokratik atau autoritarian. Walaupun begitu, penggunaan istilah rejim lebih cenderung menonjolkan sifat negatif dalam pemerintahan. |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 � 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangka masa lebih kurang seratus tahun. |
lame duck | kedudukan lemah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting. |