Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung; ~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~ tangan daging yg terdapat pd tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia hirta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1 organ di dlm rongga dada yg mengepam darah ke seluruh bahagian badan: Darah bersih dr ~ mengalir ke seluruh tubuh. 2 sesuatu yg bentuknya spt jantung 1: gasing ~. ~ betis daging yg terdapat pd betis. ~ hati a. orang yg sangat dikasihi. b. hati atau pusat bagi segala perasaan. ~ pisang kuntum bunga pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantung

Puisi
 

Jantung ini jantung sekerat,
     Limau purut dalam ceper;
Pantun ini pantun ibarat,
     Dalam perut mencari fikir.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
atrioventricular bundleberkas atrioventrikelKejururawatanTiadaBerkas serat otot jantung khusus daripada nodus atrioventrikel ke serat Purkinje yang berfungsi menghantar impuls kontraksi otot jantung ke ventrikel jantung. Ia terdiri daripada berkas kanan dan berkas kiri, satu bagi setiap ventrikel.
heart murmurderuan jantungKejururawatanTiadaBunyi jantung tidak normal yang disebabkan oleh pengaliran balik darah. Biasanya bunyi ini disebabkan oleh stenosis dan/atau inkompetens injap jantung. Bunyi ini boleh dikesan dengan bantuan stetoskop.
atrioventricular valvesinjap atrioventrikelKejururawatanTiadaSepasang injap yang memisahkan atrium jantung daripada ventrikel jantung. Injap mitral bagi bukaan antara atrium kiri dengan ventrikel kiri. Injap trikuspid antara atrium kanan dengan ventrikel kanan.
artificial pacemakerperentak buatanKejururawatanTiadaAlat elektrik yang diletakkan dalam jantung dengan tujuan merawat jantung yang mengalami masalah konduksi.
fibrillationfibrilasiKejururawatanTiadaDenyutan jantung yang cepat dan tidak beritma yang mengakibatkan otot jantung tidak dapat mengekalkan penguncupan yang segerak dan kemudiannya menyebabkan jantung terhenti. Keadaan ini boleh berlaku semasa penguncupan atrium atau ventrikel.
dilated cardiomyopathykardiomiopati terdilatKejururawatanTiadaKeadaan pembesaran kebuk jantung yang mengganggu keupayaan pengepaman jantung. Keadaan ini disebabkan oleh penyakit otot jantung.
implantable medical deviceperanti perubatan boleh implanFizikNanoteknologiAlat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
cardiac arrestjantung terhentiKejururawatanTiadaPengepaman jantung berhenti secara mengejut yang dicirikan oleh ketiadaan tekanan darah dan nadi. Ia berlaku akibat fibrilasi ventrikel dan asistole.
heart soundbunyi jantungKejururawatanTiadaBunyi jantung normal lub-dub yang dapat didengar dengan bantuan stetoskop. Bunyi lub dihasilkan dengan penutupan injap mitral dan trikuspid, manakala bunyi dub dengan penutupan injap aorta dan pulmonari.
heart ratekadar jantungKejururawatanTiadaBilangan denyut jantung dalam seminit. Bagi orang dewasa yang normal, denyut jantungnya ialah 60 hingga 80 denyutan per minit.
1234567

Kembali ke atas