perpendicular distance | jarak serenjang | Matematik | Tiada | Jarak yang diukur mengikut garis serenjang kepada garis atau satah tertentu. Antara jarak-jarak dari titik T ke titik-titik pada garis g, jarak serenjang merupakan jarak terpendek dan diambil sebagai jarak dari titik T ke garis g. |
distance-based phylogenetic method | kaedah filogenetik berasaskan jarak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik berasaskan jarak berpasangan bagi menghasilkan jarak matriks. Jarak ini digunakan untuk pentaabiran pepohon genetik. Contoh kaedah ini ialah penyambungan bersebelahan. Lihat juga penyambungan bersebelahan. |
skip distance | jarak langkau | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jarak yang diukur pada permukaan imbasan antara indeks alur pada prob bersudut dan titik paksi alur bertembung dengan permukaan imbasan selepas satu pantulan pada permukaan yang bertentangan. Jarak langkau ini mempunyai dua keadaan, iaitu jarak langkau separuh dan jarak langkau penuh. Lihat juga jarak langkau separuh, jarak langkau penuh. |
coherence length | jarak koherens | Fizik | Nanoteknologi | Jarak berkesan sebarang gangguan setempat yang dapat tersebar dalam bahan superkonduktor. Jarak ini merupakan dimensi untuk pasangan elektron yang dikenali sebagai pasangan Cooper. Jarak ini adalah dalam julat 2 nm - 10(2) nm. |
near field distance | jarak medan dekat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jarak yang hampir di hadapan prob yang menyebabkan keamatan gelombang ultrasonik berubah-ubah. Jarak medan dekat ini dikenali juga sebagai medan Fresnel atau zon Fresnel. Jarak ini boleh dikira dengan formula seperti yang berikut: N = D^2/4 λ, Dengan D ialah garis pusat prob dan λ ialah jarak gelombang. Lihat juga sudut serak alur. |
safe working distance | jarak bekerja selamat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jarak selamat daripada punca sinaran untuk operator radiografi industri bekerja. Jarak tersebut ditentukan oleh dos selamat yang terdapat pada Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas (2010) di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. |
distance teaching | pengajaran jarak jauh | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh. |
source to film distance | jarak sumber ke filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jarak antara titik fokus sumber sinaran dengan filem. Jarak ini penting dan merupakan salah satu faktor untuk menghasilkan radiograf yang berkualiti. |
distance education | pendidikan jarak jauh | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem pembelajaran dan pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh. |
hierarchical clustering | pengelompokan tatatingkat | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses menyusun jujukan molekul untuk menghasilkan satu perwakilan dalam bentuk tatatingkat berdasarkan persamaan jarak matriks antara jujukan molekul hasil daripada penjajaran berpasangan. Pengelompokan ini akan membentuk pepohon filogenetik. Lihat juga kaedah filogenetik berasaskan jarak, jarak gen. |