hyetal region | wilayah hietal | Sains | Hidrometeorologi | Wilayah yang dalamnya jumlah dan perubahan musiman hujan adalah daripada jenis tertentu. Mengikut Koppen, dalam pengelasan iklimnya, jenis utama wilayah hietal ialah; gurun, dengan hujan jarang-jarang dan tak tetap; musim sejuk kering, dengan musim panas yang mencirikan iklim monsun; musim panas kering, dengan musim hujan pada musim sejuk, seperti iklim Mediterranean; hujan pada semua musim, tetapi taburannya tidak sama rata sepanjang tahun; hujan pada lebih setengah bilangan hari pada setiap bulan. Jenis yang kurang penting boleh dibezakan dengan musim maksimum hujan yang sama ada dipisahkan oleh musim kering pendek atau teralih menjelang musim bunga atau musim luruh. |
warm front wave | gelombang perenggan panas | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan gelombang sekunder yang terbentuk pada suatu perenggan tambahan di suatu titik yang agak jauh, lebih kurang 1500 km, dari lekukan induk. Selepas terbentuk, ia bergerak dengn cepat ke timur atau timur laut menjauhi lekukan induk. Lekukan jenis ini, jarang-jarang menjadi dalam tetapi bertanggungjawab terhadap peluasan penyebaran dan kelebatan kerpasan perenggan panas. Pembentukannya mungkin dibantu sama ada oleh herotan perenggan yang disebabkan oleh banjaran bukit atau oleh gerakan ke arah suatu genting. |
natal tooth/birth tooth | gigi natal | Pergigian | Tiada | Gigi yang terdapat dalam mulut bayi yang baru lahir. Gigi natal berkemungkinan gigi desidus atau gigi supernumerari. Insiden gigi natal jarang berlaku dan sekiranya ada, biasanya ialah gigi insisor bawah dan kadang-kadang gigi insisor atas. Keadaan ini terjadi disebabkan kedudukan ektopik germa gigi semasa fetus terbentuk. Gigi natal boleh didapati dalam keadaan seperti sindrom Ellis-van Creveld atau mungkin berlaku secara spontan. Gigi natal ini selalunya goyah, dan boleh mengganggu proses penyusuan, menyebabkan inflamasi di sekeliling gingiva dan kecederaan pada bahagian lantai lidah. Sekiranya mengganggu, gigi natal akan dicabut menggunakan anestesia topikal. |
distribution of population | taburan penduduk | Geografi | Tiada | Taburan ruangan dan masa penduduk di sesebuah kawasan yang akan menggambarkan sama ada kawasan itu mempunyai penduduk yang padat atau jarang. |
prologue | prolog | Muzik | Tiada | Adegan pengenalan plot sesuatu opera. Kandungan prolog berdasarkan tema opera sama ada secara langsung atau tidak langsung. Prolog merupakan salah satu ciri biasa yang terdapat dalam opera Zaman Barok. Walaupun prolog jarang terdapat dalam opera Zaman Klasik dan Zaman Romantik, namun masih dikekalkan dalam beberapa opera Romantik dan opera abad ke-20. Contoh opera yang mengandungi prolog ialah L'incoronazione di Poppea (1642) oleh Monteverdi, Romeo et Juliette (1867) oleh Gounod, Oedipus rex (1927) oleh Stravinsky dan Lulu (1928 -1935) oleh Berg. |
petai | petai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Parkia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Sabah ialah kupang. Spesies utamanya termasuk Parkia javanica, P. speciosa, dan P. singularis. Gubal kayu petai berwarna putih atau kuning coklat, dan biasanya sangat lebar. Teras kayunya jarang terdapat dan sekiranya ada, biasanya berwarna coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu petai sesuai untuk kotak, venir dan papan lapis. Parkia spp. lebih terkenal sebagai pokok yang menghasilkan buah petai. |
authorial omniscient voice | suara pengarang serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama. |
fog | kabut | Sains | Hidrometeorologi | Kekaburan di lapisan permukaan atmosfera yang disebabkan oleh ampaian titisan air, bersama dengan zarah asap atau tidak. Mengikut persetujuan antarabangsa, istilah ini ditakrifkan sebagai kekaburan yang ketampakannya kurang daripada 1 km. Kabut berbeza daripada awan kerana dasarnya berada di permukaan bumi. Kabut yang terdiri daripada hablur ais dinamakan kabut ais. kabut terbentuk apabila suhu udara dan takat embun adalah sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwapan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama ada melalui penyejukan udara itu ke takat embunnya (menghasilkan kabut alir lintang, kabut sinaran atau kabut cerun atas) atau dengan penambahan kelengasan serta peningkatan takat embun (menghasilkan kabut kukus atau kabut perenggan). Kabut jarang berlaku apabila perbezaan antara suhu udara dan takat embun melebihi 4oF. Kabut mudah dibezakan daripada jerebu berdasarkan kelembapan dan warna kelabu yang nyata. |
fog | kabut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Titis-titis air yang terampai, bersama-sama atau tanpa zarah asap yang menyebabkan kekaburan di lapisan permukaan atmosfera. Mengikut persetujuan antarabangsa, istilah ini merujuk ketampakan mendatar yang kurang daripada 1 km, Kabut berbeza daripada awan kerana dasarnya berada di permukaan bumi. Kabut yang terdiri daripada hablur ais dinamakan kabut ais. Kabut terbentuk apabila suhu udara dan takat embun adalah sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwapan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama ada melalui penyejukan udara ke takat embunnya (menghasilkan kabut adveksi atau kabut sinaran) atau dengan penambahan kelengasan serta peningkatan takat embun (menghasilkan kabut stim atau kabut perenggan). Kabut jarang berlaku apabila perbezaan antara suhu udara dan takat embun melebihi 4?F. Kabut mudah dibezakan daripada jerebu berdasarkan kelembapan dan warna kelabu yang nyata. |