Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Mengaji Qurªan Istanbul,
     Lambat pandai di tengah hari;
Kalau adinda berhati betul,
     Kasilah abang cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
middle fingerjari tengah (jari ketiga)PerubatanTiadaTiada
Sellick’s manoeuvreperasat SellickPerubatanTiadaKaedah untuk menghindari berlakunya aspirasi pulmonari semasa intubasi trakea terhadap pesakit yang tidak sedar dengan menutup saluran esofagus. Kaedah ini dilakukan dengan menstabilkan tulang rawan krikoid dengan menggunakan ibu jari dan jari tengah, sementara jari telunjuk pula menekan ke arah kolum vertebra.
right-hand rulepetua tangan kananFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, sekiranya jari tangan kanan mengelilingi dawai dan ibu jari menunjukkan arah arus maka jari-jari akan menunjukkan arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai tersebut. 2. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang bergerak dalam medan magnet seperti dawai pada angker jana kuasa, sekiranya ibu jari serta jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan bersudut tegak antara satu dengan lain, maka ibu jari akan menunjukkan arah gerak dawai, jari telunjuk menunjukkan arah garis daya magnet dan jari engah menujukkan arah arus teraruh yang wujud disebabkan oleh gerakan dawai dalam medan magnet tersebut.
fleming's ruleaturan flemingTeknikElektrikaturan bagi menentukan arah gerakan pengalir dalam medan magnet, arah daya garisan medan dan arah arus yang mengalir dalam pengalir, sama ada dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kiri. aturan ini amat berguna pada mesin (a.t.), dengan aturan tangan kanan digunakan bagi penjana dan aturan tangan kiri digunakan bagi motor. ibu jari menunjukkan arah gerakan pengalir, jari telunjuk menunjukkan arah arus, sementara jari tengah menunjukkan arah daya garisan medan.
tracheal tuggingrenggutan trakeaPerubatanTiadaTanda yang menunjukkan aneurisme lengkung aorta, sentakan ke bawah dirasai pada trakea apabila jari diletakkan di garisan tengah pangkal leher.
Helminthostachys zeylanicaTunjuk langitPertanianTiadaSejenis paku-pakis dalam famili Ophioglossaceae, juga dikenali sebagai paku jelai. Tumbuhan ini mempunyai stuktur daun berbentuk jari. Sporofil terbit di bahagian tengah dan menegak ke atas seperti menunjuk ke langit. Sporofil pada tumbuhan ini mengandungi spora untuk pembiakan. Paku-pakis ini biasanya tumbuh liar di kebun getah. Air rebusan digunakan untuk mengembalikan tenaga, afrodisiak, mengurangkan batuk dan cirit-birit.
Helminthostachys zeylanicatunjuk langitHerbaBotani dan BioteknologiPaku-pakis dalam famili Ophioglossaceae yang dikenali juga sebagai paku jelai. Tumbuhan ini mempunyai struktur daun berbentuk jari. Sporofil terbit di bahagian tengah dan menegak ke atas seperti menunjuk ke langit. Sporofil pada tumbuhan ini mengandungi spora untuk pembiakan. Paku-pakis ini biasanya tumbuh liar di kebun getah. Air rebusan digunakan untuk mengembalikan tenaga, afrodisiak, mengurangkan batuk dan cirit-birit.
proximodistalproksimodistalSains SukanBiomekanikKonsep yang merujuk kepada prinsip perkembangan motor manusia berdasarkan arah perkembangan dari bahagian tengah tubuh ke bahagian hujung tubuh. Contohnya, perkembangan pergerakan bayi yang bermula daripada otot-otot bahu dan lengan sebelum dapat mengendalikan jari-jemarinya.
gambusgambusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai ud. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gam­bus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbuat daripada kayu yang mempunyai kulit pada bahagian hadap­an. Paku tekan digunakan untuk memasang kulit pada badan gambus dan mempunyai tiga tali yang disusun dalam dua la­pisan. Di Sabah, gambus dipetik dengan plektrum yang diper­buat daripada sisik tenggiling, sementara di Sarawak gambus dipetik dengan jari. Suku kaum ini bermain gambus untuk menghiburkan hati selepas bekerja. Lagu yang dimainkan ditiru daripada lagu joget dan zapin.

darabukkadarabukkaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Darabukka ialah dram berbentuk piala yang mempu­nyai satu muka kulit dan dipukul dengan tapak tangan dan jari. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel muzik klasik Arab di Timur Tengah. Sinonim darbuka.

123

Kembali ke atas