clawfoot | kaki cakar | Perubatan | Tiada | Kaki dengan lengkungan tinggi serta jari-jari kaki memanjang pada sendi metatarsofalangia. |
chef's kiss | kucupan cef | Umum | Tiada | Isyarat atau cara untuk menyatakan kepuasan atau persetujuan dengan mencium hujung jari sebelah tangan dan kemudian menjauhkan jari-jari dari bibir dengan gerakan ke luar. |
simile | perbandingan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana dan umpama. Contohnya, 'halus bagai jari-jari perawan' petikan daripada puisi "Pantaiku" karya Shamsuddin Jaafar. Sinonim simili. |
haplology | susut bunyi | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan penggunaan diksi dalam proses penciptaan sesebuah puisi yang mengurangkan sesuatu bunyi atau suku kata. Contohnya, perkataan daun-daun disingkatkan menjadi dedaun, bunga-bunga menjadi bebunga dan jari-jari menjadi jejari. Sinonim haplologi. |
shihon nukite | tusuk empat jari | Sukan | Tiada | Tusukan jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng serentak ke sasaran lawan. |
clubbing | jari belantan | Kejururawatan | Tiada | Ketaknormalan jari tangan atau jari kaki akibat pertumbuhan tisu lembut pada falanks hujung jari yang berkenaan. Hujung jari ini berbonggol, dan kukunya menjadi cembung seperti tombol atau kayu pemukul gendang. Keadaan ini mungkin merupakan gejala penyakit jantung dan penyakit pernafasan. |
phalanges | falang | Sains Sukan | Biomekanik | Tulang panjang pada jari tangan dan jari kaki. |
claw grip | pegang cengkam | Sukan | Tiada | Cara memegang bol dengan meletakkannya di atas tapak jari dan ibu jari mencengkam bahagian atas bol. |
claw | cakar | Biologi | Tiada | 1. Unguis atau tangkai petal. 2. Kuku yang melengkung dan runcing pada jari atau ibu jari. 3. Sepit pada krustasea tertentu. 4. Cuaran melengkung pada anggota serangga. |
finger taping | ketuk jari | Sains Kesihatan | Tiada | Perbuatan mengetuk jari mengikut suku kata, khususnya bagi individu yang gagap. |