claw | cakar | Biologi | Tiada | 1. Unguis atau tangkai petal. 2. Kuku yang melengkung dan runcing pada jari atau ibu jari. 3. Sepit pada krustasea tertentu. 4. Cuaran melengkung pada anggota serangga. |
touchsafe system | sistem sentuh selamat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik. |
keyboard | keyboard | Kesenian | Tiada | 1. Alat muzik idiofon yang mempunyai papan jari, contohnya piano. 2. Alat muzik contohnya yang mempunyai papan jari dan lelidah yang memerlukan kuasa angin untuk menghasilkan bunyi, contohnya organ mulut, harmonika, dan akordian. |
infrared spectrophotometry | spektrofotometri inframerah | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan inframerah pada julat nombor gelombang 200 cm-1 -4000 cm-1. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba bagi mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Spektrum inframerah suatu bahan herba digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik. |