oil strainer | penapis minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jaringan dawai yang dipasang pada hujung tiub sedutan pam minyak pelincir. Jaringan ini digunakan untuk menghalang benda asing daripada memasuki pam minyak. |
digital connectivity | keterhubungan digital | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Keupayaan jaringan digital sebagai medium capaian Internet yang menghubungkan manusia, organisasi atau objek untuk berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan seperti Jaringan Sejagat (WWW), e-mel, pekerjaan dan pembelajaran jarak jauh, e-dagang dan lain-lain. Contoh keterhubungan digital termasuklah teknologi Edge, 3G/4G/5G, Talian Pelanggan Digital Asimetri (ADSL), Jalur Lebar dan teknologi gentian optik. |
hypertext markup language 5 (HTML5) | bahasa penanda hiperteks 5 (HTML5) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahasa penanda teras bagi jaringan sejagat (WWW) revisi utama ke-5. HTML yang dibangunkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) pada asalnya sebagai bahasa pemerihal dokumen saintifik secara semantik, seterusnya dinaik taraf untuk membenarkan adaptasi pelbagai jenis dokumen dan juga aplikasi web. HTML 5 merupakan alat penting dalam pembangunan platform e-pembelajaran. |
shoot-out | jaringan penentuan | Sukan | Tiada | Tiada |
triadic network | jaringan tiga serangkai | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan kerjasama yang melibatkan tiga negara dan memiliki hak serta peranan yang sama dalam aspek tertentu seperti ketenteraan, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Kerjasama ini dibuat sebagai usaha untuk memupuk hubungan baik menjaga kepentingan bersama dan mendapatkan faedah atau keuntungan daripada hubungan tersebut. Contohnya, kerjasama MAPHILINDO antara Malaysia, Filipina dan Indonesia pada tahun 1960-an, SIJORI iaitu kerjasama antara Singapura, Johor dan Riau serta kerjasama BIMP-EAGA antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Sinonim rangkaian tiga serangkai. |
family network | jaringan keluarga | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
social safety net | jaringan keselamatan sosial | Sosiologi | Tiada | Koleksi perkhidmatan yang disediakan oleh negara atau institusi lain seperti masyarakat penyayang untuk menghalang rakyat daripada jatuh ke tahap kemiskinan. |
WWW (World Wide Web) | WWW (Jaringan Sejagat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Koleksi jutaan tapak web dan laman web yang popular dalam kalangan pengguna Internet yang merupakan sumber maklumat elektronik yang terbanyak dalam Internet. Secara teknikal, semua sumber dan pengguna Internet menggunakan protokol http . |
affiliate reservation network | rangkaian tempahan gabungan/jaringan tempahan gabungan | Pelancongan | Tiada | Siri tempahan yang digunakan bersama-sama oleh ahli gabungan hotel atau agensi pelancongan. |
reservation network | rangkaian tempahan | Pelancongan | Tiada | Jaringan sistem yang digunakan bersama-sama oleh sekumpulan organisasi atau syarikat untuk kemudahan penempahan. |