Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sad] | جسد

Definisi : 1. tubuh atau badan (manusia) yg wujud (sbg lawan roh): hanya ~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isteri­nya di kampung; 2. Ar tubuh atau badan yg tidak bernyawa lagi: ~nya terbujur di per­baringan; 3. (Fiz) sesuatu yg wujud yg boleh dipegang atau dilihat: meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sad] | جسد

Definisi : sesuatu yg wujud dan dpt dipegang dan dilihat; badan; tubuh: ~ saja yg ada tetapi rohnya sudah melayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasad (kata nama)
Bersinonim dengan badan, tubuh, jisim;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
motiongerakanSains SukanBiomekanikProses perubahan kedudukan sesuatu jasad. Jasad yang mengalami gerakan berada pada dua kedudukan yang berlainan dalam suatu jangka masa.
curettagepengikisan; kikisan (DUDUK); pengkuretanPerubatanTiada1. Operasi pembuangan ketumbuhan atau jasad-jasad asing daripada kulit atau dinding rongga.,2. Rawatan dengan menggunakan kuret, khasnya pada rongga uterus.
passive dragseretan pasifSains SukanBiomekanikSeretan yang dialami pada jasad apabila jasad tersebut menunda pada jasad yang lain. Contohnya, pelumba basikal yang mengekori pelumba lain dalam acara keirin akan mengalami seretan pasif.
body conekerucut jasadMekanikTiadaKerucut yang dibentuk oleh paksi putaran ketika iaitu garis tindakan vektor halaju sudut (ω) bagi sesuatu jasad yang sedang berputar di sekitar suatu titik tetap nisbi terhadap jasad berkenaan. kerucut jasad bertangen dengan kerucut ruang di sepanjang garis tindakan vektor halaju jasad itu, dan gerakan jasad tersebut boleh diwakili oleh penggulingan kerucut jasad pada permukaan kerucut ruang yang tetap. Kerucut ini juga dinamai kerucut polhod. Lihat juga kerucut ruang.
active dragseretan aktifSains SukanBiomekanikSeretan yang wujud akibat pergerakan jasad. Pergerakan jasad boleh berlaku dalam medium bendalir dan udara. Contohnya, dalam sukan renang, pakaian berteknologi dicipta untuk mengurangkan seretan aktif bagi meningkatkan kecekapan pergerakan.
moment of inertiamomen inersiaSains SukanBiomekanikTahap kesukaran sesuatu jasad untuk diputarkan ketika pegun, atau tahap kesukaran sesuatu jasad yang sedang berputar untuk dihentikan. Secara matematiknya, momen inersia ialah hasil darab jisim sesuatu jasad dengan kuasa dua jarak jasad ke paksi putaran. Formula : I = mr2 dengan, I = momen inersia (kg m2) m = jisim (kg) r = jarak (berserenjang) dari jisim jasad ke paksi putaran.
rigidtegar; kaku (P.JAS)KejuruteraanTiadaTegar: Sifat mekanik jasad yang membuatkan jasad itu tidak boleh melentur atau mengherot, iaitu jarak relatif di antara zarah-zarah tidak berubah di bawah tindakan beban.
centre of masspusat jisimSains SukanBiomekanikTitik rujukan dalam sesuatu jasad atau sistem jasad yang keseluruhan jisimnya dianggap bertindak atau tertumpu pada titik tersebut untuk tujuan pengiraan daya graviti.
polar bodyjasad kutubPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel haploid kecil yang terbentuk semasa oogenesis. Jasad kutub ini merupakan hasil sampingan daripada proses meiosis dan tidak mempunyai fungsi biologi dalam persenyawaan. Oleh itu, sama ada pembuangan jasad kutub pertama atau kedua dalam pengujian genetik tidak mempunyai kesan terhadap embrio yang sedang berkembang.
density functional theoryteori fungsi ketumpatanFizikNanoteknologiSatu teori yang digunakan untuk mengkaji struktur elektronik pada sistem banyak jasad, terutama sistem molekul dan fasa terkondensasi. Teori ini adalah untuk menggantikan fungsi gelombang elektron banyak jasad dengan ketumpatan elektron sebagai kuantiti asas. Fungsi gelombang banyak jasad bersandar pada pemboleh ubah 3N, iaitu 3 pemboleh ubah ruang bagi setiap jasad N, sedangkan fungsi ketumpatan hanya bersandar pada tiga pemboleh ubah ruang ketumpatan dan lebih mudah dikendalikan.
12345678910

Kembali ke atas