Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jauh.jauh] | جاءوه٢

Definisi : sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jauh-jauh

Puisi
 

Jauh-jauh kapal datang,
     Jintan selasih dimasak minyak;
Tuan jauh ke mari datang,
     Terima kasih banyak-banyak.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
distance teachingpengajaran jarak jauhTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh.
distance educationpendidikan jarak jauhTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem pembelajaran dan pengajaran secara jarak jauh yang pelajar dan pengajar tidak semestinya sentiasa bersemuka secara fizikal. Lihat juga pembelajaran jarak jauh.
distance learningpembelajaran jarak jauhTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem pembelajaran secara jarak jauh yang boleh berbentuk pembelajaran segerak atau pembelajaran tak segerak. Pembelajaran segerak atau masa-sama-tempat-beza bermaksud pelajar mengikuti pembelajaran secara langsung melalui sidang video/audio atau dalam talian, manakala pengajar berada di tempat yang berlainan. Pembelajaran tak segerak atau masa-beza-tempat-beza bermaksud pengajar menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk rakaman, buku, modul, video, web dan lain-lain, manakala pelajar merujuknya pada masa dan tempat yang berbeza.
distaldistalKejururawatanTiadaPerihal kedudukan sesuatu bahagian yang jauh dari tempat asal atau jauh dari garis tengah tubuh.
open and distance learning (ODL)pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL)Teknologi Maklumate-PembelajaranMod penyampaian kursus secara jarak jauh dengan menggunakan teknologi komunikasi atau Internet bagi tujuan mendemokrasikan pendidikan dan menggalakkan pendidikan sepanjang hayat.
idiomidiomKesusasteraanPuisiUngkapan yang berupa simpulan bahasa atau kata-kata tertentu yang disisipkan dalam sesebuah puisi. Contohnya, ungkapan 'jauh hati'. Dalam konteks ini idiom 'jauh hati' membawa makna tersinggung, sedih dan kecewa.
telepresencetelehadirTeknologi Maklumate-PembelajaranPenggunaan teknologi realiti maya yang membolehkan seseorang merasai keberadaannya di suatu lokasi yang jauh walaupun sebenarnya dia tidak berada di situ. Teknologi ini juga dapat mengawal sesuatu mesin atau robot secara jarak jauh.
punctum remotumtitik jauhSains KesihatanTiadaTitik di medan penglihatan yang sepadan dengan foveola apabila akomodasi rehat.
far fieldmedan jauhTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMedan atau zon dengan keamatan bunyi yang merosot secara kadar songsang dengan jarak. Dalam medan ini, prob boleh mengesan dan menentukan saiz ketakselanjaran pada bahan. Medan ini dikenali juga dengan nama zon Fraunhofer. Lihat juga jarak medan dekat.
remote workingkerja jarak jauhPentadbiranTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas