FAQs (frequently asked questions) | FAQ (soalan sering ditanya) | Teknologi Maklumat | Tiada | Jawapan-jawapan bagi soalan-soalan yang lazim ditanya. |
multiple choice items | butiran pelbagai pilihan | Pendidikan | Tiada | Soalan ujian yang mempunyai bahagian utama dalam bentuk soalan atau kenyataan yang diikuti oleh tiga atau lebih pilihan jawapan. Pilihan jawapan mengandungi satu jawapan terbaik dan dua atau lebih pengganggu. |
wise cracks | jawapan cerdas | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan cerdik dan tepat yang diberikan ketika menjawab suatu masalah yang diberikan. Contoh: jawapan pada teka-teki yang berbentuk soalan. Contoh: Jika tuan pergi ke kedai, Belikan saya gula batu; Kalau tuan bijak pandai, Apa binatang tulangnya satu? |
business reply | jawapan perniagaan | Komunikasi | Korporat | Kaedah mendapatkan maklum balas daripada khalayak atau pengguna sesuatu barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi. Kaedah ini menggunakan kad yang telah dicetak dengan senarai jawapan untuk dipilih oleh pelanggan. Kadangkala, kad ini disertakan dengan setem bagi memudahkan pelanggan atau pengguna memberikan maklum balas dan mengembalikan semula kad jawapan tersebut kepada organisasi. Kad ini boleh direka bentuk dalam pelbagai format dan ditulis dengan pelbagai cara. Penggunaan kad jawapan perniagaan ini berkesan dan murah. Selain itu, kad jawapan juga boleh digunakan sebagai alat untuk memantau pendapat pengguna dalam kajian pasaran. |
concrete answer | jawapan konkrit | Sosiologi | Tiada | Jawapan yang pasti, kukuh atau tanpa sebarang keraguan. |
short-answer item | soalan jawapan pendek | Pendidikan | Tiada | Soalan yang memerlukan jawapan yang pendek. |
forced-choice assessment | pentaksiran pilihan jawapan | Pendidikan | Tiada | Pendekatan pentaksiran yang meminta pelajar memilih jawapan betul daripada pilihan jawapan yang disediakan. Keputusan ujian dibuat dengan membandingkan tindak balas pelajar terhadap kunci jawapan. |
reply-paid postcard | poskad jawapan berbayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Poskad yang mempunyai bahagian untuk jawapan berbayar. |
multiple response item | soalan aneka jawapan | Pendidikan | Tiada | Soalan yang mempunyai gabungan beberapa jawapan. |
business reply service | perkhidmatan jawapan perniagaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perkhidmatan yang membolehkan pemegang lesen mendapat jawapan daripada pelanggan tanpa mengenakan bayaran pos terhadap pelanggan. |