staff attrition | susutan pekerja | Ekonomi | Tiada | Kehilangan pekerja melalui proses semula jadi, seperti persaraan, peletakan jawatan, jawatan, kesihatan diri atau sebab lain yang seumpamanya. |
direct election | pemilihan langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki. |
position bond | bon jawatan | insurans | Tiada | Bon kesetiaan yang melindungi semua pekerja yang memegang jawatan yang dinyatakan. |
praetor | praetoria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Jawatan yang wujud pada zaman Rom (300- 242 SM) sebagai anggota lembaga pemerintah yang kemudiannya berperanan seperti majistret mahkamah. Jawatan ini berkembang menjadi dua praetor iaitu praetor bandar yang mengadili konflik antara penduduk-penduduk bandar dan praetor peregrinus iaitu praetor yang menguruskan konflik antara penghijrah atau orang luar yang berada di bandar tersebut. Praetor bandar ini kadangkala memangku jawatan praetor peregrinus apabila praetor tersebut terpaksa mengetuai tentera ke medan perang. Walaupun menguruskan tugas pengadilan di mahkamah, praetor ini turut berperanan menguruskan permainan awam. |
dark horse | kuda hitam | Sains Politik | Politik Perbandingan | lndividu yang tidak popular, dipilih untuk menyelesaikan persaingan atau perebutan jawatan atau kedudukan tertentu oleh sekumpulan individu yang menaruh minat yang amat tinggi terhadap jawatan tersebut. Bagi mengelak keadaan konflik dan ketidakstabilan wujud maka seorang calon dipilih daripada kalangan yang tidak menaruh minat terhadap jawatan tersebut. Walaupun begitu, masyarakat sedar bahawa individu yang dipilih itu ialah kuda hitam yang bertujuan menghindarkan konflik. |
succession | penggantian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Susunan penggantian penyandang sesuatu tugas, pangkat, jawatan atau pemilikan harta. Ia juga merupakan hak kepada seseorang yang bakal menyandang sesuatu jawatan atau pangkat tersebut. Perubahan penyandang akan berlaku secara aman dan mengikut proses yang telah menjadi tradisi atau mengikut perlembagaan. Penggantian ini boleh berasaskan keturunan, merit, sokongan orang ramai atau melalui kekuatan ekonomi. Contohnya, sejak merdeka hingga kini, penggantian Perdana Menteri di Malaysia berIaku dalam aman tanpa sebarang rampasan kuasa. |
the corridor of power | anjung kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang menghampiri jawatan kepimpinan tertinggi sesebuah negara seperti presiden atau perdana menteri. Bagi menduduki jawatan ini, seseorang pemimpin perlu melalui pelbagai peringkat persaingan atau pemilihan dan setelah berjaya mengharunginya barulah dianggap berada di anjung kuasa. Contohnya pada tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi dapat dianggap sebagai berada di anjung kuasa apabila Dr. Mahathir Mohamed mengisytiharkan mahu bersara. |
vote of confidence | undi percaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sokongan atau undi yang diberikan oleh ahli dewan perwakilan kepada perdana menteri atau menteri besar dalam sistem demokrasi berparlimen setelah beliau dilantik memegang jawatan tersebut. Perdana menteri atau menteri besar harus mendapat majoriti sokongan atau undi percaya bagi membolehkan mereka dilantik memegang jawatan tersebut. Undi percaya ini boleh dilakukan secara mengangkat tangan atau menggunakan kertas undi. Contohnya, usul undi percaya perdana menteri di Malaysia sering mendapat lebih daripada dua pertiga majoriti. |
insurance commissioner | pesuruhjaya insurans | insurans | Tiada | Ketua agensi kerajaan yang mengawasi industri insurans sesebuah negara. Jawatan ini juga digelar Ketua Pengarah Insurans atau Penguasa Insurans. |
limited monarchy | monarki terhad | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas. |