vacant post | jawatan kosong | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
dissemination of information | penyebaran maklumat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kegiatan atau tindakan menyalurkan informasi secara meluas. Penyebaran maklumat ini berlaku dari individu kepada individu yang lain dan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Penyebaran ini boleh berlaku melalui pelbagai medium seperti media massa, lisan, surat, memo, pesanan ringkas, internet, e-mel, arahan pekeliling, penerbitan organisasi dan papan kenyataan. Setiap maklumat yang disebarkan mempunyai mesej dan agenda tertentu yang hendak disampaikan seperti warta kerajaan, pekeliling baru, iklan jawatan kosong dan berita terkini dalam sesebuah jabatan. |
ghost job | jawatan semu; kerja semu | Pentadbiran | Tiada | Pekerjaan kosong yang diiklankan oleh sesebuah syarikat tetapi tidak bertujuan untuk mengisi kekosongan tersebut. |