ad hoc committee | jawatankuasa ad hoc | Sains Politik | Politik Perbandingan | Jawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk). |
State Planning Committee | Jawatankuasa Perancang Negeri | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah undang- undang perancang bandar dan desa untuk menggubal dasar tentang pemeliharaan, pemajuan, dan penggunaan tanah serta bangunan dalam negeri tersebut. |
Independent Ethics Committee (IEC) | Jawatankuasa Etika Bebas (IEC) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Badan bebas pada peringkat institusi atau kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal dan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai perlindungan ini. Jawatankuasa Etika Bebas terdiri daripada ahli profesional perubatan atau ahli sains sahaja. Jawatankuasa ini bertindak menilai dan mengesahkan protokol ujian klinikal, kesesuaian penyelidik, kemudahan, kaedah dan bahan yang digunakan untuk mendapatkan dan mendokumenkan persetujuan termaklum yang diperoleh daripada subjek ujian klinikal. |
junta | junta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Majlis atau jawatankuasa yang dibentuk sebaik sahaja suatu rampasan kuasa atau revolusi berlaku. Majlis ini dibentuk bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kini, penggunaan istilah junta lebih merujuk kepada badan pemerintahan negara yang diambil alih oleh kuasa tentera. Jawatankuasa ini dilantik khas oleh pemimpin yang berkuasa pada masa itu seperti jeneral atau kolonel tanpa melalui badan perundangan. Corak pemerintahan lebih cenderung kepada kepentingan pemerintahnya tanpa wujud pemisahan kuasa dan pengawasan oleh agensi pemerintahan yang lain. Contohnya, pemerintahan negara Myanmar sejak tentera mengambil alih kuasa. |
assessment committee | jawatankuasa penaksiran | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
assessment committee | jawatankuasa penaksiran | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
capital issues committee | jawatankuasa terbitan modal | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Aviation Industry Computer-Based Training Committee (AICC) | Jawatankuasa Latihan Industri Penerbangan Berasaskan Komputer (AICC) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sebuah organisasi antarabangsa yang mempelopori piawaian dalam pembangunan, penyampaian dan penilaian bahan latihan industri penerbangan berasaskan komputer. Piawai ini telah berkembang dan diterima pakai sebagai piawaian saling kendali kandungan e-pembelajaran dan telah menjadi asas kepada pembangunan piawai semasa seperti model rujukan kandungan objek boleh kongsi (SCORM), API pengalaman (xAPI) dan pengajaran terurus komputer 5 (CMI-5). |
state executive council | majIis mesyuarat negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing. |
planning inquiry | penyiasatan perancangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu siasatan rasmi yang dijalankan atas arahan pihak berkuasa perancang tempatan atau jawatankuasa perancang negeri yang melibatkan orang ramai untuk memastikan sesuatu isu atau persoalan perancangan bagi membantu pihak berkuasa berkenaan membuat keputusan. |