Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ja.ka] | ججاک

Definisi : anak lelaki yg telah dewasa (tetapi belum berkahwin), (orang) bujang, pemuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja.ka] | ججاک

Definisi : anak lelaki yg telah dewasa, tetapi belum berkahwin; (orang) bujang; pemuda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jejaka
Rujuk :teruna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archetypal criticismkritikan arketaipKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk.

Kembali ke atas