Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.lu.tung] | جلوتوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Dyera cos­tulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Erva­tamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.lu.tung] | جلوتوڠ

Definisi : nama sj pokok, Dyera costulata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jelutung

Puisi
 

Jelutung batang jelutuk,
     Batang jelutuk dibelah-belah;
Mana pula tak boleh colek telunjuk,
     Telunjuk diberi oleh Allah.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jelutungjelutungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dyera spp. daripada famili Apocynaceae. Spesies utamanya yang menghasilkan kayu termasuk Dyera costulata dan D. polyphylla. Gubal kayu jelutung sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna putih kekuningan dan warna jerami. Kayu ini mempunyai sel parenkima yang masih aktif di kawasan empulur, dan mempercayai tidak mempunyai teras kayu yang sebenar. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 495 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jelutung mudah diawet, mempunyai sifat pengeringan yang baik, tetapi terdedah kepada serangan kulat pewarna dan kumbang bubuk. Kayu ini digunakan terutamanya untuk ukiran, bangkai gambar, papan lukisan, alat permainan, dan pensel kayu.
latex tracesalur lateksPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSaluran halus yang terdapat pada beberapa jenis kayu, seperti pulai daripada genus Alstonia, dan jelutung daripada genus Dyera, yang kelihatan apabila kayu tersebut dikeringkan. Saluran ini terdapat pada arah jejari batang kayu dan kelihatan lebih nyata dengan kehadiran tiub lateks yang bermula dari daun atau tunas ranting dalam kayu.
blue staincacat warna biruPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCacat pewarna gubal oleh kulat pewarna biru, yang menyerang bahagian gubal kayu yang cerah, seperti gubal kayu jelutung, pulai , dan kayu getah. Cacat ini menurunkan mutu kayu tetapi tidak mengurangkan kekuatannya.
laticiferlatisiferPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSel yang mengandungi lateks yang terdiri daripada satu sel atau satu siri sel berbentuk tiub. Latisifer banyak terdapat dalam kulit kayu getah, Hevea brasiliensis dan jelutung, Dyera costulata.
sapwoodgubal kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian luar kayu yang mengandungi sel hidup dan bahan simpanan seperti kanji. Biasanya gubal kayu berwarna lebih muda dibandingkan dengan warna teras kayu, kecuali beberapa jenis kayu seperti kayu jelutung dan ramin, yang warna gubal kayu dan teras kayunya serupa. Gubal kayu mempunyai ketahanan yang lebih rendah daripada teras kayu tetapi lebih mudah diawet.
moldkulapukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKulat yang tumbuh di permukaan kayu dan hasil kayu, dan tidak menyebabkan pewarnaan yang dalam. Kulapuk biasanya berwarna hijau tua atau hitam, dan kadang kala berwarna kuning. Kulapuk sering menyerang kayu yang berwarna keputihan, seperti jelutung dan kayu getah dan biasanya boleh dibuang dengan cara mengetam permukaannya.
dippencelupanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses merendam kayu gergaji basah dalam tempoh yang singkat ke dalam larutan pengawet seperti boron-flourin-krom arsenik atau natrium pentaklorofenat. Rawatan ini berkesan untuk mengawal kulat pewarna gubal pada kayu yang rentan seperti kayu jelutung atau kayu getah.
hardwoodskayu kerasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon yang menghasilkan kayu. Istilah ini merupakan pengelasan, dan tidak ada kaitan dengan nilai kekerasan sebenar sesuatu kayu. Kayu keras biasanya mempunyai struktur anatomi yang lebih kompleks daripada kayu lembut, dan mengandungi vesel atau liang, gentian dan parenkima. Contoh kayu keras ialah ok, cengal, dan jelutung. Di negara yang kayu lembutnya tidak mempunyai nilai dagangan yang penting, seperti Malaysia, istilah ini tidak mempunyai kaitan dengan makna asalnya. Misalnya kayu keras yang ringan dan lembut seperti jelutung dirujuk sebagai kayu lembut, walaupun sebenarnya kayu ini termasuk dalam kumpalan tumbuhan Angiospermae. Mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, kayu-kayu Malaysia dikelaskan kepada kayu kerat berat, kayu keras sederhana, kayu keras ringan dan kayu lembut.
shookpapan kotakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan bersaiz kecil dan pendek yang kurang daripada 1 m, atau papan hirisan yang digunakan untuk membuat kotak kayu atau bekar. Kayu yang digunakan untuk membuat papan kotak biasanya ringan dan mudah diproses seperti kayu pulai, kayu getah, dan jelutung, dan yang digunakan untuk membuat bekar kayu biasanya ialah spesies kayu yang tidak beracun.
rate of feedkadar penghuluranPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKelajuan pergerakan potongan kayu atau balak melalui mesin atau gergaji semasa proses pemotongan. Nilai ini biasanya dinyatakan dalam meter per minit atau kaki per minit. Kadar ini dipengaruhi oleh ketumpatan kayu berkenaan. Misalnya, kayu cengal yang lebih tumpat memerlukan kadar penghuluran yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan kayu jelutung.
12

Kembali ke atas